Jumaat, 2 Ogos 2013

Pelakon Benjy bercerai talak satu


Benjy dan keluarga
KUALA LUMPUR - Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy semalam sah bercerai talak satu dengan isterinya, Safiya Stephanie Kar-Leng Lee di Mahkamah Syariah di sini semalam.
Lafaz cerai tersebut dilakukan oleh Benjy, 35, pada pukul 9.40 pagi di hadapan Hakim Syarie, Khairul Azwadi Mohamed Noor mengikut Seksyen 47(3) Undang-Undang Keluarga Islam 1984 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Mahkamah kemudian mengesahkan lafaz cerai talak satu ke atas mereka dan memerintahkan Safiya menjalani idah tiga kali suci.


Sumber:Kosmo online

Chua Boon Huat, pemain hoki negara maut kemalangan

kereta yang remuk
PETALING JAYA - Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat maut selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki air di Kilometer 10.9, Lebuh Raya Damansara-Puchong dekat Taman Mayang, Kelana Jaya di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.25 pagi itu, Boon Huat yang memandu kereta jenis Proton Perdana menghala ke arah Damansara mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipercayai dipandu laju itu hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang lori tangki air yang berada di lorong kanan lebuh raya.


Sumber:Kosmo online

Peniaga ditemui mati dengan isi perut terburai

BEGINILAH keadaan mayat lelaki ditemui mati dengan perut terburai di Kampung Teluk Gong, Melaka semalam

ALOR GAJAH - Seorang peniaga perabot dan barangan elektrik ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan isi perutnya terburai dipercayai ditikam di kawasan pantai Kampung Teluk Gong di sini malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, mayat Oh Son Liong, 55, ditemui sekumpulan ahli Kelab Rukun Tetangga (KRT) kampung berkenaan yang sedang melakukan rondaan pada pukul 10 malam.
"Ketika sedang meronda, mereka menemui sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di kawasan terbabit lalu melakukan pemeriksaan lebih lanjut di kawasan sekitar.
"Mereka kemudian menemui mayat mangsa dengan isi perut terburai di dalam semak kira-kira 20 meter daripada lori lalu melaporkan penemuan tersebut kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Sumber:kosmo online.

Cara Penurunan Al-Quran

Add caption

Para Ulama berbeza pendapat mengenai cara turunya al-Quran, terdapat 3 pandangan ulama mengenai isu ini.

1. Bahawa al-Quran diturunkan kelangit dunia pada malam lailatul Qadr secara sekali gus, kemudian turun pula lima tahun berdasarkan perbezaan pendapat mengenai tempoh masa Nabi Muhammad s.a.w berada di Mekah selepas dibangkitkan menjadi Nabi.

2. Bahawa ia diturunkan ke langit dunia pada dua puluh malam al-Qadr dalam masa 20 tahun, atau 23 malam al-Qadr dalam masa 23 tahun, atau 25 lima malam al-Qadr dalam masa 25 tahun. Pada setiap malam al-Qadr itu ditentukan Allah berapa banyak ayat yang diturunkan sepanjang tahun itu. Kemudian selepas itu diturunkan kepada Rasullullah s.a.w secara beransur-ansur bagi setiap tahunya.

3.Bahawa ia mulai diturunkan pada malam al-Qadr, kemudian diturunkan selepas itu secara beransur-ansur pada waktu tertentu, ini pendapat al- Asya'bi

Tempoh Masa Penurunan Al-Quran

Kitab Al-Quran
Al-Quran al-Karim mula diturunkan semenjak baginda Nabi Muhammad S.a.w dibangkitkan menjadi nabi dan berakhir pada saat-saat hampir baginda wafat. Tempoh masa tersebut dianggarkan selama 23 atau 25 tahun berdasarkan perbezaan pendapat tentang tempoh masa baginda tinggal di Mekah selepas diangkat, samaada 10 atau 13 atau 15 tahun. Ada pun tempoh masa tinggal baginda di Madinah telah sepakat ulama menyatakan 10 tahun.

Namun demikian menurut sebahagian penyelidik sejarah perundangan islam menyatakan bahawa tempoh masa baginda s.a.w tinggal di Mekah adalah 12 tahun 5 bulan 13 hari iaitu bermula 17 ramadhan tahun 41 kelahirannya sehingga 1 rabi'ul Awal tahun 54 kelahiranya. Sementara tempoh Nabi s.a.w tinggal di Madinah selepas peristiwa hijrahnya adalah  9 tahun 9 bulan 9 hari, iaitu bermula Rabi'ul Awal tahun 54 daripada kelahiranya hingga 9 Zulhijjah tahun 63 daripada kelahiranya, yang bersamaan dengan tahun ke 10 Hijrah (Kitab Manabil al-'Irfan). Hasil kajian diatas adalah bertepatan dengan pandangan yang mengatakan bahawa tempoh masa Baginda s.a.w tinggal di Mekah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun. Kesimpulanya tempoh masa turunya al-Quran adalah 23 tahun.

Sejarah Ulum al-Quran 3

Syeikh Mustafa  Sabri 
Syeikh Mustafa al-Maraghi


Selepas zaman Imam al-Suyuti kurun ke-10H, iaitu kurun ke 11 Hijrah  tiada penulisan dibuku mengenai Ulum al-Quran sehingga kurun ke- 12 H iaitu muncul Ulama yang dikenali dengan Syeikh Wali al-Dahlawi.. Selama satu kurun tiada penulisan dibuat oleh ulama kita, mungkin disebabkan faktor-faktor lain yang penulis (blog) tidak tahu. Diantara ulama-ulama dan kitab-kitab tersebut ialah :

1.Syeikh Wali Allah al-Dahlawi (m.1176H)
Kitab : Al-Fawz al-Kabir fi Usul al-Tafsir

2.Syeikh Tahir al-Jazza'iri (kurun 14H)
Kitab : Al-Tibyan li Ba'd al-Mabahith al-Muta'alliqah bi al-Quran 'ala Tariq al-Itqan (siap pada 1335H)

Nombor 3 dan seterusnya merupakan kitab-kitab yang dihasilkan sehingga sekarang.

3. Mustafa Sadiq al-Rafi'e
Kitab : 'Ijaz al-Quran wa al-Balaghah al-Nabawiyyah

4.Dr Muhammad Abd Allah Daraz
Kitab : Al-Naba'  al-'Azim

5. Syeikh Muhammad Ali Salamah
Kitab : Manhaj al-Furqan fi Ulum al-Quran

6. Syeikh Abd al-Azim al-Zarqani
Kitab : Manahil al-'Irfan fi Ulum al-Quran

7. Syeikh Muhammad Abd al-Aziz al-Khuli
Kitab : Al-Quran al-Karim :Wasfuh, Hidayatuh, Atharuh, 'Ijazuh

8. Dr Subhi al-Salih
Kitab : Mabahith fi Ulum al-Quran

9. Manna'al-Qattan
Kitab : Mabahith fi Ulum al-Quran

10. Dr Ahmad al-Sayyid al-Kumi
Kitab :Ulum al-Quran

Kitab terjemahan pula, terdapat dua golongan ulama iaitu golongan yang mengharuskan dan golongan yang mengharamkan. Golongan yang mengharuskan terjemahan al-Quran dipelopori oleh Syeikh Mustafa al-Maraghi dengan menghasilkan kitab "Tarjamah al-Quran al-Karim wa Ahkamahu ". Didalam kitab ini beliau bersama para ulama lain berpendapat bahawa al-Quran harus diterjemahkan. Pendapat beliau disokong oleh Muhammad Fard Wajdi yang menulis kitab berjudul  " Al-Adillah al-'Illmiyyah 'ala Jawaz Tarjamah Ma'ani al-Quran al-Karim ila al-Lughat al- Ajnabiyyah".

Manakala golongan yang menentang pandangan syeikh di atas ialah Syeikh Mustafa  Sabri bekas Syeikhul Islam Turki yang menulis buku berjudul " Masalah Tarjamah al-Quran" dan diikuti oleh Syeikh Muhammad Sulaiman dan Syeikh Muhammad Mustafa al- Syatir.


Sejarah Ulum al-Quran 2

Al-Itqan
Al-Burhan 

Mulai kurun ke 6 hijrah dan seterusnya, ulum al-Quran mula ditulis dalam bentuk kitab. Antara kitab-kitabnya ialah :

1. Funun al-Afnan fi Ulum al-Quran
 Al-Mujtaba fi Ulum Tata'allaq bi al-Quran
Oleh :Abu al-Farj b Al-Jawzi (m.597H)

2. Jamal al-Qurra'
Oleh :'Alam al-Din al-Sakhawi (m.641H)

3. Al-Mursyid al-Wajiz fi Ulum Tata'allaq bi al al-Quran al-'Aziz
Oleh:Abu Syamah (m.665H)

4. Al-Burhan fi Ulum al-Quran
Oleh :Badr al-Din al-Zarkasyi (m.794H)

5. Mawqi' al-Ulum min Mawaqi' al-Nujum
Oleh: Jalal al-Din al-Bulqini (m.824H)

6. Al-Itqan fi Ulum al-Quran
Oleh :Jalal  al-Din al-Suyuti (m.911H)

Tokoh-tokoh Ulama yang paling terkenal dalam bidang ini ialah Badr al-Din al-Zakarsyi (m.794H) dan Jalal al-Din al-Suyuti (m.911H) kedua -dua kitab mereka sangat terkenal dan menjadi rujukan sehingga hari ini.