Isnin, 3 Jun 2013

Talaqqi Surah al-Hijr

Talaqqi Surah an-Nahl

Imam yang tidak disukai masyarakat

Cara Berhenti dan Memulakan bacaan

Mengaji Bersanad dgn Ust Surur

Kursus Tajwid Ust Surur

Mengaji al-Quran dgn Ust.Surur

Pesanan Ust.Surur menutup kursus tajwid

Peserta Talaqqi al-Quran dgn Ust.Surur

Lafaz Allah tu kena Tipis dan Tebal

Hukum Bacaan Mim Sukun

Sebutan Fa Org dulu-dulu

Hukum Bacaan Mim Sukun

Latihan Sebutan Huruf dgn Ust Surur

Latih Sebut Aa Ba Ta

Kursus Asas al-Quran ust Surur

Talaqqi Tabbatyada dgn Ust Surur Rehal

Sebut Betul-betul Tanwin tu

Sebut Muhammad kena Denggung

Beza Mazhab dgn Qiraat

Latihan Menyebut Aa Ii Uu

Talaqqi Tabbatyada dgn Ust Surur Rehal

Tiga cara sebutan Qalqolah

Kursus Sehari Mei 2012

Kelas Asas Talaqqi Ust Surur

Ahad, 2 Jun 2013

DBKL akan siasat aktiviti 'gadis kaki lima Wisma Indah'


Aksi wanita dari China (sumber kosmo)


KUALA LUMPUR 2 Jun - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyiasat dan mengambil tindakan susulan terhadap aktiviti wanita warga asing menawarkan perkhidmatan seks di kaki lima bangunan Wisma Indah di Jalan Tun Razak di sini.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak polis untuk tujuan itu.
"DBKL akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas premis tersebut iaitu memeriksa atau memecahkan premis berkenaan jika didapati ia tiada kebenaran atau disalahgunakan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui.
Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai wanita warga asing menawarkan perkhidmatan urutan dan seks kepada lelaki yang lalu lalang di kaki lima bangunan Wisma Indah.
Katanya, pihak DBKL akan menyiasat perkara itu terlebih dahulu sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan dalam masa terdekat.


sumber :utusanmalaysia

Sehari lima kes pecah rumah di Kepong


Aksi Penyamun dirakam disebuah kedai runcit di KL

KUALA LUMPUR - Kegiatan pecah rumah waktu siang di kawasan perumahan di Kepong dekat sini semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Malah dalam tempoh sehari sahaja ada lima kediaman dimasuki pencuri pernah dilaporkan di sekitar kawasan berkenaan.
Ketua Pusat Perkhidmatan Komuniti Kepong, Yee Poh Ping berkata, penduduk diingatkan supaya berhati-hati dengan kehadiran individu yang tidak dikenali terutama pada waktu siang.
Katanya, terdapat kumpulan tertentu yang menjadikan waktu siang sebagai waktu untuk merompak dan pecah masuk.
"Sekarang kumpulan perompak menjadikan waktu bekerja untuk menjalankan aktiviti mereka kerana ketika itu pemilik rumah dan jiran-jiran tiada.
"Jadi, penduduk perlu berwaspada dengan taktik mereka dan berwaspada dengan persekitaran," katanya pada sidang akhbar mengenai kes pecah rumah di sini semalam.


Sumber :Kosmo

Hina yang DiPertuan Agong


Yang Dipertuan Agong

KUALA LUMPUR - Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis ke atas pemilik akaun laman sosial Facebook yang didakwa menghina titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini semalam.
Keenam-enam NGO itu ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia, Persatuan Veteran Tentera Melayu, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia Wilayah Persekutuan, Kelab Wartawan Muda dan Kelab Ikatan Ukhwah Malaysia.
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, pihaknya meminta supaya polis melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam kes berkenaan.
Jelas beliau, perkara itu tidak boleh dipandang remeh kerana ia umpama racun yang akan merebak dan merosakkan tatasusila masyarakat negara ini jika tidak dibendung dengan serius.
"Budaya masyarakat kita pada hari ini sudah terlalu pelik sehingga terlalu bebas mengkritik tanpa batasan tanpa mengira siapa individu yang mereka kritik," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini semalam.

sumber:kosmo

Usia 16 jadi pelaris

Johor Bahru: Seorang remaja perempuan warga Vietnam berusia 16 tahun dikatakan antara pelaris sebuah pusat hiburan di Stulang Laut, di sini, memerangkap lelaki hidung belang berbelanja lebih di premis itu.
Malah, semua 19 gadis pelayan termasuk seorang dari Indonesia dikatakan akan merayu pelanggan membelikan mereka ‘ladies drink’ untuk mendapat pendapatan lebih, sekali gus memberikan keuntungan berganda kepada majikan mereka.
Bagaimanapun, helah pengusaha pusat itu akhirnya terbongkar apabila sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor menyerbu premis itu, malam kelmarin.

Dalam ops Sayang bermula jam 11.50 malam itu, seramai 18 wanita Vietnam dan seorang warga Indonesia berusia 16 hingga 43 tahun ditahan kerana disyaki bekerja sebagai gadis pelayan.
Foto
PEGAWAI imigresen memeriksa wanita warga asing disyaki pelayan dalam operasi Ops Sayang.

Ketua Operasi Timbalan Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor Masri Adul berkata, pemeriksaan mendapati wanita warga asing itu memasuki negara ini sejak tiga bulan lalu menggunakan pas lawatan sosial.
sumber:harianmetro

Mengaku bakal sultan baru Kedah

Alor Setar
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memantau kegiatan sekumpulan lelaki diketuai seorang pemuda yang membawa Panji Hitam tertera logo Empayar Nusantara Langkasuka sehingga menimbulkan kebimbangan selepas ketua mereka mendakwa dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim yang menjadi penyedia tapak kepada kemunculan Imam Mahdi.
Kumpulan itu dikhuatiri menyimpang daripada ajaran Islam susulan daripada pengakuan yang dibuat ketua mereka di sebuah akaun laman sosial miliknya.
Selain daripada pemuda itu, pengasas Al-Arqam Allahyarham Ashaari Muhammad turut pernah mengakui dirinya Pemuda Bani Tamim iaitu pemegang panji hitam.

Lebih membimbangkan, kumpulan itu dipercayai cuba memasuki Istana Anak Bukit, dekat sini, pada hujung bulan lalu dengan membawa beberapa panji hitam selain mendakwa pewaris sah Empayar Nusantara Langkasuka yang meliputi negara seperti Filipina, Indonesia dan Selatan Thailand.
Foto
LELAKI yang dipercayai mendakwa dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim dan juga pewaris sah Empayar Nusantara Langkasuka.

Lelaki yang mendakwa dirinya Pemuda Bani Tamim dan juga pewaris sah empayar berkenaan membuat pengakuan di akaun laman sosial miliknya pada 22 Mac lalu, malah kumpulan itu turut dikesan di Kelantan selain kemunculannya di Kedah, bulan lalu.
sumber:harianmetro

7,317 warga Indonesia pemegang saham dalam sejumlah syarikat di Malaysia

JAKARTA - Seramai 7,317 warga Indonesia adalah pemegang saham dalam sejumlah syarikat yang didaftarkan di Malaysia pada masa ini.
Pada masa yang sama, pengarah syarikat dalam kalangan warga Indonesia di Malaysia pula berjumlah 10,989 orang, demikian menurut data yang dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd. Naim Daruwish di forum perniagaan Malaysia-Indonesia di sini pada Sabtu.
Forum perniagaan itu dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, Datuk Hassan Malek.
Mohd. Naim juga berkata, sejumlah lapan syarikat Indonesia yang beribu pejabat di Indonesia, telah mendaftarkan syarikat cawangan mereka di Malaysia.
Syarikat itu ialah P.N. Palajaran Nasional Indonesia; PT Merpati Nusantara Airlines; PT Lion Mentari; Rekayasa Industri PT, PT Bank Syariah Muamalat Indonesia, TBK; KSO-SCISI; PT Riau Airlines dan PT Wings Abadi.
Empat daripadanya adalah dalam bidang pengangkutan dan penyimpanan masing-masing satu dalam bidang pembinaan, pendidikan; aktiviti profesional, saintifik dan teknikal (aktiviti profesional, saintifik dan teknikal) dan aktiviti perkhidmatan lain.
Setakat April tahun ini, sejumlah 1,033,709 syarikat telah berdaftar dengan SSM yang terdiri daripada 1,029,192 syarikat tempatan dan 4,517 syarikat asing.
Data daripada laporan itu juga menunjukkan bahawa syarikat-syarikat asing yang berdaftar dengan SSM dalam tempoh 13 tahun lalu meningkat setiap tahun daripada 3,896 syarikat pada tahun 2000 kepada 4,517 syarikat pada April, 2013. - Bernama

sumber:kosmo

Jangan sebar berita palsu mengenai kematian tahanan di Tampin - Polis

SEREMBAN - Polis meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai kematian seorang tahanan di lokap Balai Polis Tampin, dekat sini lewat petang semalam.
Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan menafikan ia ada kaitan dengan unsur jenayah sama ada mangsa dipukul atau didera.
"Dalam Twitter contohnya, kita dapati banyak spekulasi dibuat mengenai kematian tahanan tersebut dan menuduh kejadian itu adalah angkara polis. Ini sebenarnya tidak adil kepada polis.
"Ini adalah 'straight forward case' di mana pihak Hospital Tampin sendiri yang membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati tidak ada kesan kecederaan seperti luka atau lebam pada badan mangsa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Semalam, P.V Karuna Nithi, 42, yang ditahan sejak Selasa lalu selepas memukul isterinya ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas di lokap berkenaan bagaimanapun masih bernafas sekitar 6.30 petang.
Polis kemudiannya bertindak memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik yang tiba mengesahkan kematiannya pada pukul 7 petang.
Osman berkata, pihak polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokap berkenaan dan mendapati tiada sebarang kekerasan berlaku ke atas mangsa sepanjang penahanannya.
Katanya, seorang koroner dari Mahkamah Seremban juga telah datang melihat mayat mangsa semasa di lokap dan mengesahkan tiada kesan luka, lebam atau kecederaan padan badan mangsa. - Bernama


sumber:kosmo

Politik melayu rugikan melayu


SPR
Malaysia sekarang ini dalam keadaan yang masih panas dengan kesan Pilihan Raya yang ke 13 ( PRU 13). Keadaan tuduh menuduh diantara satu sama lain, diantara parti politik A dan Parti politik B menyebabkan rakyat yang memerhati merasakan muak dan bosan dengan senario ini. Sepatutnya Parti -parti ini berhenti dari tuduh menuduh dan saat ini ialah masa bekerja untuk rakyat tidak kira rakyat itu menyokong atau tidak pada PRU 13 yang lepas. Siapa yang diberi mandat wajib berkerja untuk semua sehingga tempohnya tamat 5 tahun dari sekarang.Yang menghairankan kita, mereka yang melakukan  tuduh menuduh itu berasal dari kaum dan agama yang sama. Dimana menurut agama yang mereka anuti, menitik beratkan persaudaraan diantara penganutnya. Disini timbul persoalan saya dimana letaknya keimanan didalam diri pendokong-pendokong politik ini. Adakah mereka mementingkan kekuasan dan kemewahan dunia semata Dimana silapnya kita ini. Marilah kita fikir-fikir bersama agar kita sentiasa selamat dari kecelakaan.