Rabu, 23 Januari 2013

Forum Suara Mahasiswa : Bawani UUM Student vs Miss. Sharifah SW1M


MBM: 'Kontroversi Bawani-Sharifah hanya isu komunikasi'

MBM: 'Kontroversi Bawani-Sharifah hanya isu komunikasi'
Sebahagian rakaman perbalahan antara Bawani dan Sharifah Zohra yang dimuat naik ke Youtube.
 
SHAH ALAM - Kontroversi hangat di laman sosial yang digelar 'fenomena listen', membabitkan pelajar Jurusan Undang-undang, Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani dan Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin hanya isu komunikasi.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, kontroversi berkenaan adalah masalah komunikasi antara dua individu terbabit.

Beliau berkata, kejadian sedemikian dapat dielakkan sekiranya individu terbabit mengamalkan sikap profesional dan saling menghormati tanpa dipengaruhi emosi semata-mata.

"Dalam forum itu, Bawani sebagai peserta berhak mengemukakan soalan kepada panelis, namun dia perlu menghormati majlis dengan mengemukakan soalan atau pandangan yang wajar.

"Keadaan buruk dapat dielakkan sekiranya sesuatu pandangan itu disalurkan secara tuntas, matang dan beradab tanpa berniat untuk mencabar mana-mana pihak," katanya kepada Sinar Harian.

Mohamed Maliki berkata, sebagai panelis yang dijemput khas, Sharifah Zohra pula perlu bijak, tenang dan profesional serta menunjukkan kematangan dalam menghadapi situasi demikian.

"Dia perlu mengawal perasaan sebaik mungkin dan perlu elak daripada keluarkan pernyataan berbentuk emosi dan berbau sindiran. Ini kerana 'kata-kata adalah pancaran pemikiran' seseorang," katanya.

Sehubungan itu, Mohamed Maliki berkata, pengguna media sosial juga perlu matang dalam mengulas isu berkenaan. Manakala penganjur program perlu memberi penjelasan tentang keadaan sebenar.

"Apa yang kita lihat dalam video yang tersebar di internet itu tidak menggambarkan keseluruhan perjalanan forum berkenaan. Justeru, pihak penganjur perlu beri penjelasan keadaan sebenar," katanya.

Klip video selama 24 minit yang dimuatkan di Youtube itu tersebar luas di laman sosial, memaparkan Sharifah Zohra sebagai panel forum lantang menegur Bawani, yang bangun bercakap di dalam forum berkenaan.sinarharian.

Rabu, 16 Januari 2013

Ilmu kebal penjenayah

Kuala Lumpur: Di sebalik sikap mereka yang ganas, nyata anggota kumpulan penjenayah tegar di negara ini masih berfikiran dangkal apabila percaya dan taksub kepada tangkal sebagai punca ‘kehebatan’ mereka.
Taring babi tunggal, tulang manusia dan abu mayat adalah antara bahan yang dipuja mereka sebelum dijadikan tangkal, diberi nama ‘tangkal pelepas’ dengan harga ada yang mencecah RM100,000.
Mendedahkan perkara itu, seorang bekas anggota satu kumpulan jenayah paling dikehendaki polis yang mahu dikenali sebagai Black, 36, berkata harga ‘tangkal pelepas’ berbeza-beza bergantung kepada keberkesanannya untuk meloloskan diri daripada ditahan polis.

Menurutnya, kebanyakan penjenayah percaya tangkal amat penting kerana ia mampu menjayakan sesuatu rompakan, samun atau apa saja aktiviti jenayah.
FotoANGGOTA polis menunjukkan tangkal penjenayah. Gambar kanan, ayat pelangkah yang digunakan ketika memecah masuk rumah.

“Malah, ada juga yang percaya tangkal mampu memberikan kelebihan seperti kebal dan halimunan sehingga mampu mengelakkan pemakainya dikesan,” katanya kepada Harian Metro.harianmetro.

Pertahan tindakan

Kangar: “Apa hang buat kalau bini hang main dengan orang lain?” tanya seorang tertuduh kepada petugas media apabila mengaku tidak bersalah membelasah isterinya menggunakan lesung batu ketika meninggalkan kompleks mahkamah, di sini, semalam.
Tertuduh, Kamaruddin Hassan, 40, sebelum itu membuat pengakuan berkenaan ketika dihadapkan di depan Majistret Zuhair Rosli.
Kamaruddin dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Anira Aziz, 27, dengan menggunakan bingkai gambar, bahagian belakang pisau dan juga lesung batu.

Kejadian didakwa berlaku di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Repoh, Seberang Sungai, jam 4 pagi pada 5 Januari lalu.
FotoKAMARUDDIN dibawa keluar dari mahkamah, semalam.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Amir Irwan, manakala tertuduh diwakili peguam Robiatul Adawiyah Ramli.harianmetro.

Sabtu, 12 Januari 2013

Kerandut buah zakar tercucuk besi

GEORGE TOWN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas kerandut buah zakarnya terkena bucu cerucuk besi di kawasan pembinaan longkang di Kampung Masjid, Jalan Perak ketika bermain bersama rakannya semalam.
Dalam kejadian pukul 6 petang itu, Mikhail Irfan Muhamad Sofian menerima empat jahitan pada kerandut buah zakarnya selepas terjatuh atas cerucuk besi yang terpacak di kawasan pembinaan itu.
Berikutan kemalangan itu, datuknya Zainol Sulaiman, 61, membuat laporan polis dan mahu pihak pemaju mengambil perhatian dan langkah keselamatan supaya kejadian tersebut tidak berulang.
"Cucu saya dan rakannya biasa bermain di kawasan berkenaan.
"Sudah empat bulan cerucuk besi yang panjangnya hampir 20 sentimeter itu terpacak di situ tapi semalam nasibnya malang kerana terjatuh dan terkena bucu besi," ceritanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.kosmo.


Artis masuk perangkap SPRM

IPOH - Perbuatan seorang bekas ahli kumpulan rock tanah air sekitar tahun 1990-an dan rakannya yang cuba menipu pengurus sebuah kolej swasta di sini berbalas apabila mereka didenda RM10,000 dan dipenjara sehari oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Julie Lack Abdullah turut memerintahkan bekas ahli kumpulan rock Scan, Rustam Affandi Abdul Majid, 40, dan Addy Sany Ariffin, 42, dipenjara tiga bulan lagi jika gagal menjelaskan denda berkenaan. Mereka membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa cuba menipu seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nor Azlizan Mohd. Ali, 29, yang menyamar sebagai pembiaya dan rakan kongsi lelap Kolej Crew Skills International (M) Sdn. Bhd.
Kolej berkenaan menawarkan latihan teori dan praktikal untuk tukang masak pelajar-pelajar luar negara.
Kedua-dua tertuduh didakwa cuba memperdayakan mangsa dengan kononnya boleh membantu mendapatkan kelulusan Lesen Pusat Bertauliah daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi kolej berkenaan.kosmo.


Ditipu ‘pegawai Imigresen’

Ditipu ‘pegawai Imigresen’
Pengerusi BPA MCA Datuk Theng Book (dua, kanan) mendengar masalah yang diajukan oleh mangsa (dua dan tiga kiri).
 
 
PETALING JAYA – Kerana mahu mendapatkan kelulusan permit 6P untuk pekerja warga asing dengan cepat, seorang peniaga kerugian RM70,000 selepas ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Imigresen Putrajaya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Thong, 36, berkata, dia diperkenalkan kepada suspek melalui seorang rakannya pada Ogos 2011 dan bersetuju membuat pembayaran untuk 100 pekerja warga asing dengan kadar RM500 sekepala.

“Saya telah membayar wang secara berperingkat melalui cek dan tunai kepadanya dan sehingga kini permit yang dijanjikan masih tidak diperolehi,” katanya pada sidang media bersama Biro Pengaduan Awam (BPA) MCA Selangor, semalam.

Menurutnya, suspek berusia awal 30-an itu mula memberikan pelbagai alasan ketika dihubungi malah berjanji mahu membayar wang kerana mengaku gagal untuk memperoleh permit tersebut.

“Pertama kali saya berjumpanya adalah di lobi Jabatan Imigresen Putrajaya, dia berpakaian uniform operasi dan berlagak seperti pegawai turun dari tangga tingkat 2, bila saya periksa dengan Jabatan Imigresen Putrajaya, tidak wujud kakitangan atau pegawai terbabit di situ,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Low Chow Yee, 33, turut kerugian RM96,000 selepas suspek yang menyamar sebagai pegawai Imigresen berjaya meyakinkan untuk mempercepat proses permit 6P yang dipohon untuk kira-kira 200 pekerja asing.

“Suspek mahu bayar balik tetapi malangnya beberapa cek yang diterima adalah cek tendang selepas itu dia menghilangkan diri dan gagal dihubungi,” katanya.

Susulan daripada kejadian, dua laporan polis kemudiannya dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya tahun lalu.sinarharian.

Wanita cedera lawan peragut

Wanita cedera lawan peragut
Antara kecederaan yang dialami mangsa ragut.
 
 
KLANG - Seorang wanita cedera dan rugi kira-kira RM5,000 apabila dia diragut dua lelaki bermotosikal sebaik keluar kereta untuk membeli makanan di sebuah restoran di Taman Eng Ann, Taman Berkeley, di sini.

Dalam kejadian mencemaskan itu, mangsa Ivy Lai Mei Ying, 32, berkata, dia cedera di lutut dan tangan setelah terjatuh apabila cuba mempertahankan beg sandangnya daripada diragut suspek.

"Ketika kejadian saya baru keluar kereta dan ketika hendak kunci pintu, dua lelaki bermotosikal menghampiri terus meragut beg yang dipakai.

"Sambil menjerit saya cuba tarik beg yang direntap lelaki itu namun talinya terputus dan mereka terus memecut motosikal dinaiki," katanya.

Berikutan kejadian itu, mangsa trauma dengan kejadian yang nyaris meragut nyawanya.

Dalam pada itu, Ivy menggesa polis mengambil tindakan segera mencegah jenayah terbabit berulang di kawasan sama yang dilaporkan sebelum ini berlaku.

"Kita harap dengan pencegahan itu, kadar jenayah ragut dapat dikurangkan dan peragut segera ditangkap bagi mengelakkan mereka terus mengancam nyawa penduduk di sini, terutamanya warga emas serta wanita hamil," katanya.

Kejadian itu turut mendapat perhatian penduduk Taman Eng Ann dan mereka menggesa kawalan keselamatan diperketat memandangkan kejadian ragut melibatkan wanita dan warga emas semakin membimbangkan.

Aktivis masyarakat, Peter Tan berkata, rondaan kerap perlu dilakukan di setiap kawasan yang sering menjadi tumpuan penjenayah.

"Jenayah samun, ragut dan pecah rumah di penempatan ini semakin membimbangkan. Bukan itu sahaja, penjenayah sanggup mencederakan mangsa untuk mencapai keinginan mereka.

"Oleh itu, polis digesa memberi perhatian dan melakukan rondaan lebih kerap bagi mencegah kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kes ragut berkenaan.

Menurutnya, bermula Disember lalu, tiga anggota Unit Rondaan Bermotor ditugaskan membuat rondaan di taman berkenaan, termasuk di Taman Berkeley bagi mencegah jenayah.

"Bagaimanapun, ketika kejadian, tiga anggota berkenaan sedang melakukan rondaan di Taman Berkeley.

"Kita harap penduduk dapat memahami tugas anggota polis yang membuat rondaan di kawasan berkenaan dan kita tidak pernah mengabaikan tanggungjawab tersebut," katanya.sinarharian.

‘Lembik’ dibelasah

lembik dibelasah
Keadaan mangsa yang cedera dibelasah tiga lelaki.
 
PETALING JAYA – Seorang remaja dipukul dan dibelasah hingga separuh nyawa sebelum ditinggalkan di tepi jalan oleh penyerangnya yang menaiki sebuah kereta.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa Mohd Yefri Adison, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah dekat sini ditemui terbaring tidak sedarkan diri di laluan pejalan kaki (Jalan Tanjung) oleh penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut.

Menurut sumber, mangsa sebelum ini dikatakan dicekup tiga lelaki ketika berjalan kaki seorang diri di Seksyen 10, Kota Damansara.

“Mangsa kemudiannya di bawa ke satu tempat sebelum dibelasah dengan ranting pokok dan batang kayu dikepala dan seluruh badannya,” katanya.

Mangsa ketika ditemui tidak dapat mengingati apa yang berlaku tetapi hanya tahu tiga lelaki menaiki Protion Wira menariknya masuk ke dalam kereta dan terus dibawa ke satu tempat.

Polis Damansara Utama yang tiba di tempat kejadian kemudiannya memberikan bantuan sebelum mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, polis masih lagi menyiasat motif kejadian.

Presiden FAM: 'Saya tidak akan undur selagi diperlukan'

Sultan Ahmad Shah
Sultan Ahmad Shah berbual dengan Hafi zan ketika ditemui di Pangkalan Udara TUDM Kuantan, semalam.
 
 
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda tidak akan berundur daripada jawatannya selagi khidmatnya diperlukan oleh badan induk itu.

Titahnya, baginda tidak boleh menghalang pihak-pihak tertentu membuat desakan supaya baginda berundur daripada jawatan itu kerana negara ini mengamalkan kebebasan bersuara.

"Selagi saya dikhendaki dan ada pihak yang tidak mahu bagi saya berundur diri...saya masih jadi Presiden FAM," titahnya kepada pemberita sebaik kembali dari luar negara di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuantan, semalam.

Kepulangan baginda disambut oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob serta 103 orang yang menamakan diri sebagai 'Penyokong Sultan Ahmad Sebagai Presiden FAM'.

Sultan Ahmad Shah bertitah baginda akan mengadakan mesyuarat exco FAM minggu depan bagi membincangkan soal memperbaiki dan meningkatkan kedudukan skuad bola sepak negara di persada antarabangsa.

"Mesyuarat exco itu bukan pasal mahukan pengunduran saya tetapi kita nak memperbaiki kedudukan bola sepak negara," titahnya.

Baginda bertitah FAM sentiasa berusaha memperbaiki mutu permainan, kualiti pemain, jurulatih serta mencungkil bakat baharu bagi mengangkat semula maruah dan mutu bola sepak negara.

"Main bola ada menang, ada kalah, kalau menang saja dengan orang lain tak payahlah kita berlawan, (untuk kejohanan) AFF (Suzuki Cup) baru-baru ini nasib kita tak berapa baik.

"I'm a fighter (Saya adalah pejuang)....kita lawan, kita ada ramai pemain yang masih lagi tidak dikemukakan, jangnlah 'kerana nila setitik, rosak susu sebelangga'," titahnya.

Baru-baru ini beberapa pihak mendesak supaya baginda meletak jawatan tersebut dan memberi peluang kepada pemimpin baharu yang mempunyai banyak visi dan idea segar dalam memartabatkan bola sepak negara.

Perkara itu turut menjadi perhatian beberapa bekas pemain kebangsaan yang meluahkan perasaan sama dengan berharap berlaku transformasi dalam pengurusan bola sepak Malaysia.

Dalam pada itu, seramai 103 individu dari seluruh negara telah berkumpul di Pangkalan TUDM Kuantan bagi menyambut kepulangan baginda bagi menzakirkan tanda sokongan mereka kepada kepimpinan baginda dalam FAM.

Hafizan Hassan, selaku Pengerusi Badan Bertindak Penyokong Sultan Ahmad Shah itu, berkata tujuan perhimpunan itu adalah untuk menyampaikan tanda sokongan mereka kepada kepimpinan baginda.

"Kami tidak mahu Tuanku berundur dengan desakan seperti banyak pihak yang mahukan sekarang ini dan kami yakin Tuanku mampu membawa FAM dengan lebih baik," katanya.

Katanya, kumpulan berkenaan turut bercadang mengadakan perhimpunan yang lebih besar bagi melahirkan sokongan kepada Presiden FAM itu.

Bagaimanapun, tarikh dan tempat perhimpunan itu masih belum ditetapkan. - Bernama

T-Team tewaskan Kelantan 1-0


Liga Super 2013


PASUKAN T-Team menewaskan Kelantan 1-0 pada perlawanan Piala Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu petang tadi.Jaringan tunggal T-Team dihasilkan oleh Aizulridwan pada minit kelapan.sinarharian.

Polis tahan 2 daripada 5 tahanan lolos

TASEK GELUGOR - Polis hari ini berjaya memberkas dua daripada lima tahanan yang diburu sejak Isnin lepas, setelah mereka meloloskan diri ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, Mohamad Farid Akhtar, 24, dan Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, diberkas di dua lokasi berasingan di kawasan Kubang Semang di sini antara jam 9 dan 9.30 malam, hasil risikan dan maklumat awam.
"Susulan penangkapan suspek ini polis yakin dapat menahan tiga lagi rakannya dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama.
Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.
Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia.
Mereka yang masih diburu ialah Hamzani Harun, 37, Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, dan Hisham Abdul Rahman, 39. - Bernama

Ayah kantoi merogol anak


Pandangan Datuk Dr Haron Din tentang isu kalimah Allah [Bhg.1]


Kenderaan JPJ Dibakar Orang Ramai


Jumaat, 11 Januari 2013

Jangan guna dalam Bible, gereja

Mohamed Daud Iraqi
Mohamed Daud Iraqi
 
KOTA BHARU – “Orang bukan Islam pada dasarnya boleh guna nama ALLAH, tetapi bukan meletakkan dalam Bible dan gereja”.

Demikian reaksi Ketua Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi ketika mengulas isu penggunaan kalimah ALLAH yang menjadi polemik kini.

Reaksi itu dilihat bertentangan dengan kenyataan Ketua Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib yang menegaskan penggunaan kalimah ALLAH hanya untuk orang Islam. Menurut Mohamed Daud, pada asalnya, kalimah ALLAH boleh digunakan sesiapa sahaja, namun apabila ia disalahgunakan pihak tertentu, maka adalah tepat sekiranya kerajaan bertindak menghalang penggunaannya kepada orang bukan Islam.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PR termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh masyarakat bukan Islam Islam adalah tepat berdasarkan isu semasa.

“Apa yang dijelaskan pemimpin PR tepat. Tidak ada masalah orang bukan Islam untuk guna kalimah ALLAH, tetapi jangan salah guna kebenaran itu,” katanya.Sinarharian.

Joe Mafia tersungkur

Joe Mafia

Bukit Mertajam: Selepas empat hari diburu, perancang kejadian tujuh penjenayah yang meloloskan diri daripada kawalan polis pada Isnin lalu, Mohd Fairuz Adam, 31, atau Joe Mafia dan rakannya, Mohd Noor Mohd Mustafa, 28, atau Boy, maut ditembak polis di Padang Ibu, dekat sini, selepas diekori lebih tiga kilometer, semalam.
Walaupun berjaya melepasi sempadan Daerah Seberang Prai Utara (SPU) yang menjadi tumpuan operasi dan memasuki Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), sekatan polis menyebabkan suspek tidak dapat keluar dari Pulau Pinang.
Kira-kira jam 12.30 tengah hari, kelibat suspek dan rakannya dikesan menaiki Proton Perdana dipercayai dicuri dekat Kubang Semang sebelum diekori sebuah kereta dinaiki anggota polis dari pasukan khas yang ditubuhkan bagi memburu suspek dan rakannya.

Menyedari diekori polis, suspek menghimpit kenderaan pasukan keselamatan berkenaan sebelum memecut ke arah Padang Ibu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata polis mengejar kereta suspek hingga Padang Ibu sebelum kereta suspek terbabas ketika memasuki laluan bersebelahan tali air.Hmetro.

Polis yakin tahan dua tahanan yang lolos




TASEK GELUGOR: Polis yakin dapat menahan dua daripada lima tahanan yang meloloskan diri daripada tahanan polis ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth Isnin lepas, dalam masa terdekat.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata berdasarkan risikan polis percaya dua lelaki terbabit masih berada di sekitar Ara Kuda, di sini.
"Kami mendapat maklumat mengenai pergerakan mereka dan kami juga mendapat maklumat lima tahanan yang masih bebas itu telah berpecah kepada dua kumpulan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.

Dua daripada tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini, semalam. - Bernama

Jumaat, 4 Januari 2013

Kesha Mengaku Dirinya Wanita Biseksual

        
Kesha mengakui menyukai lelaki dan wanita.

SELEPAS membuat pengakuan 'unik' pernah bercinta dengan makhluk halus, Kesha kembali dengan kenyataan panasnya apabila mengaku dirinya mengamalkan cara hidup songsang iaitu seorang wanita biseksual.
Menurut laporan portal Contactmusic, wanita berusia 25 tahun itu tidak penah menjalinkan hubungan cinta mengikut ketetapan gender tetapi lebih menurut kepada perasaan hatinya.
"Saya bukan sekadar menyukai lelaki tetapi saya sukakan semua orang. Ia terpulang kepada perasaan saya pada ketika itu.
"Baik lelaki mahupun wanita, apabila sejenis perasaan cinta itu muncul, maka dialah cinta hati saya," katanya.
Sementara itu, Kesha turut mengakui yang dia tidak suka golongan yang gemar membuli terutamanya terhadap golongan sepertinya.
"Saya akan melawan si pembuli yang suka mengena-ngenakan golongan ini.
"Bukan itu sahaja, saya juga akan mempertahankan adik-adik lelaki saya yang sering dibuli kerana masalah gagap," tegasnya.mstar.com

VCD seks dikait Speaker Dun Perak masih disiasat

Mohd Shukri Dahlan
Mohd Shukri Dahlan
 
 
IPOH - Siasatan terhadap cakera padat video (VCD) yang mengandungi aksi panas Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Datuk R Ganesan masih diteruskan dan mengambil masa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, pihaknya kini masih menunggu keputusan daripada Unit Forensik PDRM selepas salinan VCD berkenaan dihantar ke Makmal Forensik PDRM di Cheras, Kuala Lumpur.

“Kita telah hantar ke forensik untuk siasatan lanjut. Kebiasaannya ia mengambil masa enam bulan untuk siasat visual di dalam VCD terbabit.

“Ia mengambil masa yang lama kerana kebiasaannya kita menggunakan kepakaran dari luar negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pada 31 Disember lalu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong menjelaskan siasatan terhadap isu berkenaan hampir selesai.

Katanya, pihak polis juga telah memanggil 11 saksi dan merakam percakapan mereka untuk membantu siasatan kes berkenaan. Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Sebelum ini, Adun Tronoh, V Sivakumar dalam satu sidang media pada persidangan Dun, baru-baru ini mendakwa menerima sampul surat mengandungi VCD dipercayai memaparkan Speaker Dun, Datuk R Ganesan bersama seorang wanita.

Sampul berkenaan juga mengandungi helaian kertas bertarikh 27 Julai 2012 yang memaparkan laman portal berita berhubung isu skandal seks MIC melibatkan Ganesan yang turut diterima Adun Buntong, A Sivasubramaniam.sinarharian.

Mayat gadis sunti di dalam tong dram.

NGERI...mayat Nureffa Sahira ditemui dalam tong dram, kelmarin.
NGERI...mayat Nureffa Sahira ditemui dalam tong dram, kelmarin.


SEMPORNA: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sejak lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun, dekat sini, kelmarin.
Mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.
Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.


Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal.hmetro.

Fuh ...Pecah dara gadis hanya RM 5000

TUNGGU...pelacur menunggu pelanggan di hadapan bilik di pusat pelacuran terbabit.
TUNGGU...pelacur menunggu pelanggan di hadapan bilik di pusat pelacuran terbabit.
KAJANG: Tidak cukup dengan memanipulasi wanita warga asing dengan menjadikan mereka pelacur, satu sindiket pelacuran di bandar ini bertindak lebih berani apabila dengan bangga mempromosikan pelacur yang mereka dakwa masih dara.
Dengan caj dikenakan RM5,000, pelanggan yang melanggan ‘pelacur dara’ itu turut diberi kebebasan membawanya ke mana saja selama tiga hari.
Sindiket itu yang beroperasi di tingkat satu sebuah hotel di sini menawarkan pelacur dari Vietnam yang berusia 17 sehingga 21 tahun.

Aktiviti tidak bermoral sindiket itu terbongkar hasil penyamaran wartawan Harian Metro selepas mendapat maklumat orang awam.


Seperti biasa, sindiket itu berselindung di sebalik perniagaan spa dan refleksologi, namun ada ruangan berasingan disediakan untuk kegiatan pelacuran.hmetro.

Mafia lagi...Lima das tembakan jarak dekat

pix_middle

PETALING JAYA: Baru dua hari sampai dari kampung, seorang lelaki menemui ajal selepas ditembak dari jarak dekat ketika sedang menaiki motosikal berdekatan kediaman saudaranya di Gugusan Dahlia, di Kota Damansara di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 44 tahun dikatakan hendak pulang ke rumah saudaranya dengan menaiki motosikal milik sebuah syarikat keselamatan dekat sini sebelum di tembak oleh suspek yang dipercayai menaiki sebuah kereta berwarna gelap.
Menurut saksi di tempat kejadian yang enggan dikenali, ketika kejadian mangsa sedang menunggang motosikal seorang diri sebelum dipintas sebuah kereta yang kemudiannya berpatah balik.
"Saya terdengar beberapa bunyi letupan sebelum terlihat mangsa sudah rebah manakala kenderaan berkenaan terus memecut laju.
"Sekurang-kurangnya lima das tembakan dilepaskan suspek," katanya kepada wartawan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa yang baru dua tiga hari tiba dari Kedah menumpang di rumah saudaranya di kawasan berkenaan dengan tujuan mencari kerja.

"Kita percaya suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan dua daripadanya kena tepat di dada manakala satu lagi mengenai tangan kanan mangsa.
"Hasil pemeriksaan awal, polis menemui kelongsong peluru 9 mm di tempat kejadian dan mayat mangsa di bawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat," katanya. Arjunaidi berkata, kes pembunuhan itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.hmetro.

Hukum Tertelan Mani Suami/Isteri.. - Ustaz Azhar Idrus


Cerita Tok Bilal Dipaksa Berzina (Lawak) - Ustaz Azhar Idrus


Pak Cik Urut Anak Dara..'Ayoh Aji Gi Spa' - Ustaz Azhar Idrus


ustaz azhar 2011 - suruh bini lanjang


Soalan Hukum Paksa Isteri Seks Oral - Ustaz Azhar Idrus.mp4


Soalan Suami Terminum Susu Dada Isteri - Ustaz Azhar Idrus


Nyunyunyunyut!..Proses Keluar Air Mani - Ustaz Azhar Idrus