Isnin, 29 Oktober 2012

Lelaki kasanova kini kepanasan

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang menyamar sebagai jurutera dan menggunakan laman web mencari jodoh Myjodoh.net untuk memperdaya wanita bagi mengaut untung mudah kini bagai cacing kepanasan apabila meminta semua kekasihnya supaya menarik semula laporan polis yang dibuat ke atasnya.



Marzuki (kiri) bersama isterinya di salah satu lokasi percutian di Malaysia


Menurut salah seorang bekas kekasihnya, Salsabila, 20-an, Marzuki kini ketakutan apabila perbuatan buruknya itu sejak tahun 2009 terbongkar dan disiarkan di akhbar.
"Lelaki itu sedang panas, telefon semua orang merayu-rayu minta mereka gugurkan laporan polis yang dibuat.
"Tapi percayalah, kami tak akan mengalah begitu sahaja," katanya ketika memaklumkan hal itu kepada Kosmo!
Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki yang berasal dari Terengganu didakwa memperdaya wanita-wanita bujang serta janda berumur 20-an hingga 30-an terutamanya yang berbadan besar, montok dan gebu yang dijerat melalui laman web MyJodoh.net untuk mengikis wang.
Lelaki yang mendakwa mempunyai talian persaudaraan dengan seorang Exco kerajaan negeri Terengganu itu terlebih dulu menabur janji untuk berkahwin dengan mangsa sebelum menipu wang mereka.
Dia juga dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan 20 orang wanita dan berjaya mengumpul kekayaan mencecah RM1 juta hasil duit sebagai kasanova.
Sementara itu, seorang lagi mangsa berkata, dia turut dihubungi Marzuki yang tiba-tiba bersumpah untuk berkahwin dengannya.
"Saya dah tak peduli kerana saya akan berjumpa dengan polis hari ini (semalam) untuk memberi keterangan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang," katanya.
Dalam pada itu, Salsabila memberitahu, dia sudah pun memanjangkan kes penipuan lelaki bernama Marzuki yang turut menggunakan nama lain iaitu Amir kepada pengendali laman web MyJodoh.net.
Dalam reaksi segera jurucakap laman web berkenaan, pihaknya memandang serius perkara itu.
"Laman web ini sebenarnya telah banyak menyatukan pasangan hingga ke gerbang perkahwinan dan kami kesal kerana ada pihak yang mengambil kesempatan menipu orang lain," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali mengesahkan menerima laporan daripada beberapa mangsa kes ini.
"Kita sedang giat mencari suspek dan pada masa sama telah memanggil pengadu-pengadu untuk melakukan siasatan menyeluruh.
"Polis turut menggesa wanita-wanita lain yang pernah terjerat dengan lelaki kasanova itu tampil ke depan membuat laporan," tegasnya.kosmo.

Ala mafia lagi....Amuk majlis kesyukuran

AYER KEROH - Empat termasuk seorang wanita sarat mengandung cedera ditetak selepas sebuah rumah di Taman Bachang Baru, dekat sini, diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang, awal pagi semalam.

Amuk majlis kesyukuran
Salehhudin memeriksa Proton Tiara yang pecah keseluruhan cermin angkara sekumpulan lelaki, semalam.
Amuk majlis kesyukuran
Pasu bunga dipercayai turut digunakan untuk memecahkan cermin Proton Tiara milik seorang lelaki.


 Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, wanita berusia 30-an, dua tetamunya dan seorang lelaki yang menyerang mangsa cedera di kepala dan tangan selepas serangan di rumah berkenaan ketika mereka sedang membuat persiapan majlis kesyukuran meraikan wanita mengandung terbabit.

Serangan itu dikatakan berpunca akibat perselisihan faham antara rakan pada jamuan makan malam di sebuah restoran di Malim, dekat sini sehingga mengakibatkan sebuah kereta jenis Proton Putra milik ahli kumpulan itu dipecahkan kira-kira 11.30 malam kelmarin.

Menurut sumber, kumpulan tersebut menyertai jamuan makan malam yang disertai lebih 100 orang sebelum berlaku perselisihan faham di luar restoran berkenaan hingga salah seorang ahli berusia 30-an dipecahkan.

“Walaupun berjaya dileraikan, ahli kumpulan sama yang tidak berpuas hati bertindak pergi ke sebuah rumah di Taman Bachang Baru dan memecahkan cermin sebuah Proton Tiara yang diletakkan di luar rumah dipercayai menggunakan pasu.sinarharian.

“Mereka kemudian pergi ke sebuah lagi rumah berhampiran yang sedang membuat persiapan majlis kesyukuran dan menyerang rumah yang mempunyai tetamu itu menggunakan parang dan senjata lain hingga mengakibatkan empat cedera,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Melaka, di sini untuk rawatan lanjut.

“Akibat serangan itu seorang lelaki cedera ditetak di tangan dan dua lelaki termasuk seorang yang menyerang mangsa cedera di kepala. Bagaimanapun, wanita mengandung berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.

"Susulan kejadian, dua lelaki berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan. Polis akan membuat tangkapan baru dalam tempoh terdekat,” katanya di sini, semalam.

“Bagaimanapun, kita masih mengesan senjata digunakan dalam serangan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata,” katanya.

Dong Zong 'tamak', SU Agung BN

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melabel pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) pendidikan Cina, Dong Zong yang mendapat sokongan kuat Pakatan Rakyat (PR) sebagai "tamak."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung jemputan NGO itu kepada Umno dan semua parti politik supaya bersama-sama membantah pelan pembangunan pendidikan negara secara besar-besaran 25 November ini.

"Dong Zong ni, apa yang kita buat ini salah? Saya nak beritahu Dong Zong ini supaya mereka mengingat kembali tentang sejarah. Pada 1980 di mana tahap sekolah-sekolah Cina. Tanya dialah sendiri.

"Yang membangunkan sekolah-sekolah Cina, memperbaiki tahap sekolah-sekolah Cina dengan baik adalah MCA melalui BN.

"Dan kita telah membangunkannya, tapi dia... ini kadangkala mereka ini, bila saya sebut nanti orang marah... sebab kerana ketamakan mereka... ini jadi masalah," katanya pada sidang media semalam.

Nama Dong Zong mula menjadi sebutan apabila kehadiran Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong ke satu himpunan mereka berhubung bantahan kekurangan guru berbahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) berakhir dengan tragedi menteri itu hampir ditumbuk.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno menambah, Dong Zong sepatutnya memikirkan kepentingan anak-anak mereka di samping menghargai jasa Umno dan MCA yang memperjuangkan pendidikan di SJKC Cina bertambah baik.

"Sebab itu hari ini banyak orang hendak hantar budak-budak ke sekolah Cina. Dulu sebelum 1980 orang Cina tak nak hantar ke sekolah Cina, kenapa?

"Itulah sebabnya ada satu program yang dilaksanakan oleh kementerian pelajaran untuk menggubal semula dasar pendidikan negara supaya lebih ramai untuk datang ke sekolah yang ditaja oleh kerajaan. Itu yang hendak kita lakukan," katanya.

Tengku Adnan turut menyeru semua pihak untuk memberi peluang kepada Kerajaan Pusat hari ini untuk menambahbaiki sistem sedia, bukannya terus menyalahkan Umno-BN.

"Beri peluang untuk (kita) membetulkannya", kata Tengku Adnan sambil menambah, "ini yang kami mahu lakukan. Kami cuma nak betulkan sistem pendidikan, ekonomi dan banyak lagi.sinarharian.

Rabu, 24 Oktober 2012

Cikgu kejam....Chinese teacher Caught On Tape Slapping And Kicking Students In Taiyuan ...


Hasan Ali syaki MCA, DAP berpakat tarik sokongan Cina


Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Hasan Ali mengesyaki terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP, khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Hasan mendakwa, MCA sebuah parti yang didokong masyarakat Cina dikatakan hanya mampu meraih undi nominal di kalangan masyarakat tersebut dan mungkin merasakan lebih logikal untuk membawa keseluruhan sokongan masyarakat Cina kepada DAP.

Beliau mengesyaki ianya dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat Cina

"Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu “grand design” merentasi fahaman dan aliran politik.

"Fahaman dan aliran politik yang kelihatan berbeza dan bertentangan secara luaran tidak lebih daripada wayang lakonan sahaja," kata Hasan yang juga presiden NGO Jalur Tiga (JATI) dalam satu kenyataan malam ini.

"Mereka mempunyai agenda besar. Sebahagian daripada agenda besar DAP sekali lagi ditimbulkan baru-baru ini. Inti agenda besar DAP itu bukan merupakan satu rahsia lagi," katanya yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.

Dalam dua tiga hari ini, tegas Hasan, timbul semula isu Negara Islam dan pelaksanaan hudud.

Isu ini, tambah Hasan, seperti biasa menyemarakkan semula suasana politik bertepatan dengan bertambah hampirnya PRU13.

Dalam episod terbaru ini, Hasan mendakwa, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Negara Islam dan hudud di negara ini.

Menurutnya, penentangannya terhadap Negara Islam dan hudud menerima tindakbalas yang sengit daripada pimpinan Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS.

"Secara jujurnya saya tidak melihat ada perkara yang baru dari segi hujah-hujah yang dikemukakan sama ada dari pihak MCA, DAP dan juga dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu.

"Hanya hati kecil saya sahaja tampil membisikkan bahawa terdapat beberapa andaian yang boleh digunakan untuk mengatakan bahawa buat sekian kalinya MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik," katanya sambil menambah bahawa isu yang selama ini dimainkan oleh MCA dan DAP menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam.

"Isu ini juga menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan apa yang dilontarkan selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat keturunan Cina," tegasnya.

Sehubungan itu, Hasan bertanya, kalau masyarakat keturunan Cina mempunyai agenda besar, maka bagaimana pula masyarakat Melayu-Islam yang menjadi warga peribumi negara ini.

"Setakat yang saya ketahui serta pengalaman berada di barisan tertinggi pimpinan parti PAS khasnya, hubungan di antara parti-parti politik Melayu Islam hampir berada di tahap berkerat rotan berpatah arang," katanya.

Hasan mendakwa, kenyataan yang selama ini keluar dari mulut pimpinan PAS dan PKR, terutamanya yang menyentuh persoalan penyatuan masyarakat Melayu Islam, menceritakan segala-galanya.

"Saya ingin membawa bisikan hati kecil saya ini kepada pengetahuan barisan pimpinan masyarakat Melayu-Islam. Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berdendam kesumat?

"Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berkerat rotan berpatah arang? Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang didorong oleh sifat sombong, angkuh dan bongkak?

"Akhirnya, wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang menggerhanakan nasib umat dan generasi pengganti yang akan datang?" tambahnya.Malaysiakini.com

Fuh mewah sungguh cara hidup VIP-VIP Malaysia


Mahkamah Tinggi Syariah hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib -  anak kepada ketua menteri Sarawak - membelanjakan tiga suku juta ringgit dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, dengan menggunakan kad caj.

Seperti episod siri popular TV 'Lifestyles of the Rich and Famous', bil
terperinci dari kad caj Platinum American Express mendedahkan perbelanjaan itu dibuat di kedai-kedai mewah seperti Harrods dan kedai Ferrari di London dan perjalanan ke Dusseldorf di Jerman serta ke Perancis.

Penyata dari Januari hingga Jun tahun ini bagi kad caj American Express dari Maybank, yang menunjukkan perbelanjaan sejumlah RM782,520.55 dikemukakan di mahkamah dan ditandakan sebagai pengenalan.

Ia juga mendedahkan bahawa Bekir (kanan) mempunyai RM5 juta dalam akaun CIMB dan RM3 juta lagi deposit tetap dengan bank tersebut.

Pendengaran hari ini juga menyaksikan Bekir hadir di mahkamah selepas tidak hadir dalam dua prosiding sebelumnya.

Ini telah didedahkan hari ini oleh bekas isteri Bekir, Shahnaz A Majid, 49, yang memberi keterangan di mahkamah berhubung dokumen perbankan tersebut.

Shahnaz, yang merupakan kakak ratu jazz Sheila Majid, menuntut RM400 juta sebagai harta sepencarian dan hibah.

Dokumen-dokumen tersebut diperolehi ekoran perintah ex-parte yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada awal tahun ini, supaya semua akaun dan aset Bekir - sama ada di dalam atau di luar negara - dikemukakan di mahkamah.

Ini ekoran Bekir tidak mengemukakan butiran tersebut sepertimana yang dikehendaki untuk menyelesaikan kes penceraian mereka yang sudah lama berlarutan.

Dalam pendengaran 2 Oktober lalu, Shahnaz telah memberi keterangan mengenai kira-kira RM700 juta dalam akaun asing di bawah nama Bekir di Amerika Syarikat, negara Caribbean, Switzerland dan Hong Kong.

Bekir, seperti yang didakwa oleh Shahnaz, bernilai lebih RM1 bilion.malaysiakini.com.

‘One teen birth every day’



KLANG: More Malaysian teenage girls are getting pregnant, with a major hospital recording at least one case every day.

According to Dr Mohamad Farouk Abdullah, senior consultant and head of Obstetrics and Gynaecology at the Tengku Ampuan Rahimah Hospital here, about 14% of the 12,000 babies delivered annually at the hospital were by teenage mothers with many of them unwed.

“We thought such numbers of teen pregnancies were only in Klang, but I am also hearing of similar scenarios in the other six specialist hospitals in Selangor,” he added.

“The youngest girl to give birth at our hospital was a 12-year-old girl,” Dr Mohamad Farouk said at the “Pregnant by Choice, Not by Chance or Force” seminar. It was organised by the hospital in conjunction with its Family Planning month.

The Health Ministry recorded 18,652 births by girls below the age of 19 last year compared with 5,962 in the second half of 2010.

Tengku Ampuan Rahimah Hospital's medical social welfare officer Nurul Azira Mahamad Jafar said she had been handling at least one case of an unwed mother every working day of this year.

“The highest number of referrals I have had in a day so far was 14. These are our children who are pregnant in their teens,” said Nurul Azira, who has been handling cases of unwed mothers as well as rape and sex abuse victims at the hospital for the past six years.

Most of the pregnant girls are referred to the hospital by clinics.

This is because teenage pregnancies are considered “high-risk cases”. A teenager is twice more likely to die from pregnancy or childbirth complications than women in their 20s.

Most of the girls come to the hospital complaining of discomfort such as stomachache and spotting.

As part of the hospital's protocol, the doctors screen them for pregnancy and once confirmed, they would be admitted and the family notified.

It is also part of the hospital's policy to provide antenatal care and treatment to them, regardless of their marital status.

Nurul Azira said pregnant teenage girls under 18 and their babies were protected under the Child Act 2001 and would be referred to the Social Welfare Department.

In most cases, the girls became pregnant because they were in relationships and had consensual sex.

“They are also from broken homes and low-income families. Some are runaways,” she said.

“We have to establish rapport with these girls. Out of fear, they won't even confide in their family, so we need to gain their trust to be able to get their family's contact details,” said Nurul Azira.

She said many parents expressed shame when told of their daughter's condition.

“They are afraid their neighbours will know,” she said. “There are also those who are numb to the fact because they feel they are unable to control their daughters.

“We will usually refer these girls and their parents to the department for counselling,” she added.

Nurul Azira said if the parents were unable to take care of the unwed mothers and babies, they could surrender them to the department.

She cited the case of a 13-year-old girl, who gave birth at the hospital recently.

“Her parents said they could not ensure that the girl would not get pregnant again as the father of the child was still living in the same community,” said Nurul Azira.

“So the parents agreed to the girl and her baby being sent to a department home.”thestar.

Lebih 1.58 Juta Pekerja Asing Berdaftar Di Malaysia


KUALA LUMPUR: Lebih 1.58 juta pekerja asing telah berdaftar untuk bekerja di negara ini sehingga Julai lepas, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata jumlah itu mewakili pekerja asing yang digaji secara sah dan mempunyai Pas Lawatan (Kerja Sementara) dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.
"Indonesia merupakan antara lima negara tertinggi pekerja asing yang berdaftar bekerja di Malaysia dengan 767,590 orang diikuti Nepal sebanyak 279,421 orang, Myanmar 137,784 orang.
"Bangladesh 134,148 orang dan India seramai 91,222 orang," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang bertanya mengenai jumlah pekerja asing di Malaysia pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.
Sementara itu dalam satu sidang akhbar di Bangunan Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata rakyat Indonesia perlu masuk secara sah jika mahu mendapat perlindungan sewajarnya apabila bekerja di Malaysia.
"Bila pekerja ini berdaftar, mudah bagi kita memberi perlindungan kepada mereka berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan," katanya. BERNAMA

Guru pula ditetak dengan parang....ganas betul.


KUALA TERENGGANU: Seorang guru lelaki cedera ditetak dengan parang oleh dua orang lelaki bertopeng di hadapan Maktab Perguruan Sultan Mizan di Besut petang semalam.
sekadar hiasan

Akibat tetakan itu mangsa yang berumur 35 tahun dan berasal dari Jalan Semarak, Besut cedera di belakang badan, tangan kanan dan kaki kiri.
Pihak polis yang tidak menolak kes itu berlaku akibat dendam telah mengenal pasti salah seorang suspek.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata kejadian berlaku kira-kira 6.20 petang yang pada mulanya guru berkenaan yang mengajar di sebuah Sekolah Kebangsaan telah menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang ingin menemuinya.
"Sebaik mangsa dan adiknya sampai di tempat kejadian, mereka telah didatangi dua buah kereta bercermin gelap sebelum dua lelaki bertopeng keluar dari kereta itu dan terus menetak mangsa dengan parang.
"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Besut oleh adiknya. Selain bertugas sebagai guru, mangsa yang masih bujang turut menjalankan perniagaan menjual barangan kosmetik," katanya.
Selain Manoharan berkata pihak polis telah mengenal pasti suspek dan gerakan sedang dilakukan bagi memburu seorang kontraktor bagi membantu siasatan.
"Kita sedang mengesan seorang kontraktor yang bernama Che Wan Sharmizie Che Wan Mat yang berusia 29 tahun dan berasal dari Kampung Baru Bukit Tumbuh, Besut.
"Kita telah membuat serbuan di rumah suspek, namun gagal mengesan suspek dan dipercayai suspek telah melarikan diri," katanya.
Beliau berkata mangsa kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan dan keadaannya dilaporkan stabil.
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. BERNAMA

Lelaki Nigeria Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Singapura


JOHOR BAHARU: Seorang lelaki rakyat Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tuduhan merogol seorang remaja rakyat Singapura, awal bulan ini.
sekadar hiasan

Eneh Solomon Udo, 40, pelajar di sebuah pusat pengajian swasta di Selangor itu dituduh melakukan kesalahan terhadap remaja berumur 14 tahun di tangga Aras C L4KIP Park Villa Apartmen, Jalan Titiwangsa 1, Tampoi, di sini, pada kira-kira pukul 3.30 petang, 9 Oktober lepas.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Hakim Zamri Bakar menetapkan 5 Nov depan untuk sebutan semula kes dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan dia rakyat asing.
Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. BERNAMA

Suspek Ragut Diberkas Selepas Terserempak Polis


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki berusia 20-an selepas dia bersama rakannya cuba meragut seorang pelajar wanita di hadapan sebuah kolej swasta di Taman Bunga Raya, Setapak, di sini, Rabu.
sekadar hiasan

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, sebuah kereta peronda polis yang membuat rondaan di kawasan tersebut terserempak dengan dua lelaki menaiki sebuah motosikal cuba meragut beg tangan mangsa berusia 23 tahun itu.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata kedua-dua suspek terus melarikan diri setelah menyedari sebuah kereta peronda berkenan menghampiri mereka.
Katanya anggota polis kemudian mengejar suspek sejauh satu kilometer sebelum motosikal yang dinaiki mereka terbabas di Taman Melati dekat sini sebelum seorang suspek ditahan manakala rakannya melarikan diri.
Bagaimanapun, Zakaria berkata suspek gagal meragut beg tangan pelajar berkenaan yang mengandungi wang tunai RM45, sebuah telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri.
Katanya mangsa terjatuh dan cedera di bahagian lutut akibat kejadian tersebut dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati motosikal yang dinaiki suspek berkenaan menggunakan nombor pendaftaran palsu. BERNAMA

Aduh memalukan Islam betul....Muslim Chamber of Commerce sec-gen charged with molesting college girl


KAJANG: Muslim Chamber of Commerce and Industry Malaysiasecretary-general Abd Jalil Nasir, 49, was charged in a magistrate's court here with six counts of molesting an 18-year-old college student since 2010.
He claimed trial to the charges before Magistrate Aina Azahra Ariffin on Wednesday.
Abd Jalil who is also a businessman, was accused of outraging the modesty of the girl at a hotel in Jalan Mendaling here at about 10pm on August, 2010.
He also faces five other similar charges to molesting the same girl between May 2011 and September, this year.
Three of the charges were allegedly committed at the same hotel while the other two charges were said to have been committed at his house in Kampung Sungai Kantan here.
Abd Jalil was charged under Section 354 of the Penal Code, which carries a maximum of 10 years jail with whipping or a fine if convicted.
Deputy Public Prosecutor R. Siamalah offered bail at RM8,000 in one surety each charge.
Counsel P. Gunalan who acted for Abd Jalil, said that he hoped that the bail would be reduced to RM3,000 each charge as the chances of his client absconding was very low due to his position in the chamber.
The Magistrate later granted bail at RM7,500 in one surety for each of the charges and set Nov 19 for mention.thestar.

Cabinet to consider putting off execution of drug traffickers


UALA LUMPUR: Some 700 locals and foreigners on death row for drug trafficking may get a reprieve on their sentences, pending a study to abolish the death penalty for the offence, Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz said Wednesday.
He said a proposal to defer the sentences will be submitted to the Cabinet for approval on the moratorium.
Nazri said this was a necessary move pending a review by the Attorney-General for the abolishment of the death sentence for conviction under Section 52(1) of the Dangerous Drugs Act.
He said there were 75 Indonesians and some 600 Malaysians on death row for drug trafficking.
Nazri was speaking to reporters this after meeting up with a delegation of Indonesian lawmakers in Parliament.
Nazri was reported to have said that one of the main reasons was because there were about 250 Malaysians arrested as drug mules and sentenced to death abroad, including in China, Venezuela and Peru.
He has said that it was was difficult to justify appealing to these countries for clemency when drug traffickers were hit with mandatory death sentences.
Convicted drug traffickers in the country now face the mandatory death sentence under Section 39B of the Dangerous Drugs Act.thestar.

p/s:makin ramai la pengedar dadah menjadikan Malaysia sebagai transit.

Mahasiswa turut kecam Chua Soi Lek


1. Hidup orang sakit tidak sama dengan orang yang sihat. Orang yang sakit lebih-lebih lagi sudah parah akan sentiasa meracau dan mengamuk tidak tentu hala. Tambahan pula sakitnya makin kronik dan menuju ke penghujung usia.
2. Kenyataan-kenyataan MCA akhir-akhir ini menggambarkan secara jelas parti perkauman Cina tersebut  berada dalam kritikal dan kronik. Masa depan orang yang sakit ini makin gelap dan harapan untuk sembuh kembali sudah tipis.
3. Apabila berada pada tahap ini, makan dan minum perlu disuap, kalau hendak bergerak perlu diangkat, organ-organ dah hilang keupayaan untuk berfungsi, mata dah kabur, perlukan alat bantuan pernafasan dan perlu dimasukkan dalam wad ICU dan CCU.    

Kenyataan Negatif MCA Mencemarkan Keharmonian Negara

1. Walaupun sudah lebih 55 tahun usia MCA bersahabat baik dengan Umno yang dikatakan memperjuangkan Islam dan Melayu, MCA seolah-olah terlalu jahil akan Islam dan masih tebal suntikan sentimen anti-Islam.
2. Selepas lebih 55 tahun bersahabat dengan Umno, MCA masih lagi tidak pandai untuk menghormati orang Islam dan hak-hak kewajipan orang Islam.
3. Kenyataan tidak berfikir panjang oleh Chua Soi Lek yang mengatakan jika hukum hudud dilaksanakan menyebabkan 1.2 juta rakyat negara ini akan kehilangan pekerjaan akibat permis tempat mereka berkerja seperti kelab malam, perjudian dan sebagainya ditutup adalah tidak wajar. Jelas sekali pernyataan Chua Soi Lek itu merupakan kenyataan hasutan dan tidak wajar dilakukan oleh seorang pemimpin besar parti. Kenyataan sebegini menggambarkan Chua Soi Lek tidak layak untuk menjadi pemimpin kepada Malaysia yang mempunyai kepelbagaian agama.
4. Dalam ucapannya di perhimpunan Agung MCA ke-59 yang berlangsung 20 – 21 Oktober 2012 pula, Chua Soi Lek berkata, Lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
5. Salah faham terhadap Islam makin ketara dalam kalangan pemimpin MCA apabila Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie mendakwa PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Mahasiswa Kurang Yakin Dengan Peranan Umno
1. Sebenarnya MCA mempunyai peluang lebih luas untuk mengenali juzuk-juzuk Islam berbanding dengan DAP. Bukankah usia MCA bersahabat dengan Umno yang menjadi kerajaan sudah lebih 55 tahun.
2. Umno yang menjadi kerajaan Malaysia sebenarnya mempunyai peluang dan ruang yang banyak untuk menyampaikan mesej-mesej dakwah Islam. Institusi-institusi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan-yayasan Dakwah, Pusat Tamadun Islam dan Institut Kefahaman Islam, Majlis Agama Negeri, Mufti dan ILMU banyak lagi organisasi-organisasi Islam yang bernaung dibawah kerajaan tidak mampu untuk menyampaikan mesej yang jelas tentang Islam. Mahasiswa risau sekiranya institusi ini hanyalah dijadikan benteng pelindung kepada Umno dan hanya menjadi alat untuk Umno untuk melancarkan peluru kepada lawan politik.
3. Sepatutnya Umno sebagai salah satu parti komponen dalam BN yang menjadi kerajaan perlu mengambil kesempatan segala kemudahan yang ada itu memberi faham kepada MCA dan bukan Islam mengenai keadilan syariat Islam dan sejarah tamadun Islam yang gemilang.

Sesi Penerangan Perlu Dilaksanakan
1. Justeru, pandangan skeptikal MCA kepada undang-undang Islam tidak mampu diubah selagi MCA terus menjalinkan persahabatan erat dengan Umno.
2. Bagi memastikan keharmonian agama di Malaysia, MCA perlu bersedia untuk berada semeja untuk membincang secara telus dan mendapatkan penjelasan secara tepat mengenai undang-undang Islam.
3. GAMIS Pahang bersedia untuk meyediakan platform perbincangan kepada MCA Pahang untuk membincangkan isu salah faham hudud. Kami berbesar hati untuk mengatur pertemuan MCA Pahang dengan ilmuwan- politik Islam tanah air untuk membincangkan isu ini dari perspektif Islam yang tepat.

Ahmad Fatihi Makhtar ialah Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia Negeri Pahang (Gamis Pahang) 

sumber : harakahdaily.net

Calon SPM jadi GRO

sekadar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam tempoh dua minggu lagi diberkas selepas dia didapati menjadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Taman Tun Dr. Ismail di sini kelmarin.
Selain pelajar berusia 17 tahun terbabit, polis turut memberkas seorang GRO berumur 16 tahun dalam serbuan pada pukul 9.45 malam. Ketika serbuan, kedua-duanya mengenakan pakaian seksi.
Dua remaja berkenaan merupakan antara 21 GRO yang ditahan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman.
Pegawai Operasi, Inspektor Muhammad Mohd. Jais berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kedua-dua remaja itu masih bersekolah.kosmo.

Suami tangkap isteri berkhalwat di rumah sendiri



MELAKA - Suami keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain.Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja.
sekadar hiasan

Lebih mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan 'kekasih gelapnya' di pangsapuri mereka di Ayer Keroh di sini Ahad lalu.
Suami malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 36, berkata, geram dengan kejadian berkenaan, dia bergegas ke ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguat kuasa jabatan itu menangkap isterinya dan lelaki terbabit.
Cerita Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas bateri telefon bimbit, berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk mengambil alat tersebut.
Salman yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang lewat kerana bertugas di luar kawasan.
"Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra," katanya di sini semalam.kosmo.
p/s:seronok tidak sampai lima minat hahaha....tapi dosa Allahuakbar sangat besar bagi perempuan tu yang sudah berkahwin, rejam sampai mati kalau hukum hudud jika benar-benar bersalah.Semoga mereka ni bertaubat.

Mafia sudah masuk sekolah__Pelajar maut ditumbuk dua pelajar

sekadar hiasan
ALOR GAJAH - Seorang pelajar sekolah maut dipercayai ditumbuk dua lagi pelajar dalam satu pergaduhan disaksikan kira-kira 30 pelajar lain di perhentian bas Pulau Sebang di sini, hari ini.
 
Mangsa, K. Saravanan, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang sebelum itu dipercayai berperang mulut dan cabar mencabar dengan dua pelajar sekolah berhampiran ketika berada di dalam bas sebelum persekolahan sesi pagi bermula.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pergaduhan berkenaan berlarutan selepas sesi persekolahan berakhir kira-kira 2.30 petang ketika kesemua pelajar sedang menunggu bas di tingkat satu perhentian bas tersebut.

"Mangsa kemudian ditumbuk oleh seorang pelajar terbabit sebelum seorang lagi turut melakukan tindakan sama menyebabkan mangsa jatuh dan pengsan," katanya pada sidang akhbar di sini.

Katanya, kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor Shah berusia 14 tahun terbabit yang melihat mangsa tidak sedarkan diri kemudian menghubungi ambulans.

Bagaimanapun Raja Shahrom berkata orang awam yang berada di kawasan tersebut bertindak membawa mangsa ke Hospital Tampin dekat sini sebelum ambulans tiba.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Katanya, kedua-dua pelajar yang terbabit dalam kejadian itu ditahan polis ketika sedang bermain bola di Taman Sebang Gemilang di sini pada 6 petang bagi membantu siasatan.

Lima lagi pelajar yang menyaksikan kejadian tersebut turut ditahan bagi membantu siasatan, katanya.

Sehubungan itu, Raja Shahrom mengingatkan orang ramai khususnya keluarga pelajar terlibat agar tidak mengambil tindakan di luar undang-undang dan menyerahkan siasatan kepada polis. - Bernama

Ahad, 21 Oktober 2012

Ibu mangsa rogol meninggal dunia

SHAH ALAM 16 Okt. - ‘‘Dua bulan saya mengurungkan diri di rumah, saya malu, tertekan, ibu saya terlalu sedih mengenangkan tragedi itu, dia menangis selama setahun hingga matanya buta dan dia meninggal dunia setahun selepas kejadian saya dirogol.’’
Demikian kenyataan impak kesalahan ke atas mangsa (VIS) yang diluahkan oleh gadis berusia 18 tahun yang dirogol secara bergilir-gilir oleh lima lelaki termasuk teman lelakinya, dua tahun lalu.
Selepas dua tahun berlalu, dia perlu berdepan sekali lagi dengan bekas teman lelakinya, Mohamad Yassar Wandi Modin, 25, di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Mangsa yang hadir berbaju kurung dan tudung merah jambu dengan nada suara tersekat-sekat menyatakan, kesihatan ibunya terganggu selepas kejadian itu dan pada 1 Ramadan tahun lalu, ibunya meninggal dunia.

Keluarga guru ketakutan rumah disimbah cat merah

 

SITI Noor Sidin Ahmad menunjukkan kesan simbahan cat di rumah mereka di Jalan Kenanga, Tanam Sabariah, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.
 
 
KOTA BHARU 20 Okt. - Seorang guru bersama lima anaknya kini diselubungi ketakutan selepas rumah mereka di Jalan Kenanga, Tanam Sabariah dekat sini disimbah cat merah malam tadi.
Kejadian kira-kira pukul 11 malam itu mengakibatkan kereta, lantai serta tiang rumah milik Siti Noor Sidin Ahmad, 40, dikotori cat tersebut.
Siti Noor Sidin memberitahu, kejadian itu disedari selepas anak sulungnya, Amirul Azim Zulkifli, 13, melihat ada sebuah kereta jenis Perodua Kancil berhenti di hadapan pintu pagar rumah mereka.
"Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan kecil. Saya terus membuka pintu dan terkejut apabila terhidu bau cat.
"Saya kemudian memeriksa sekitar kawasan rumah dan mendapati kereta, lantai serta tiang dipenuhi dengan cat merah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Buat maksiat di hotel bajet

Buat maksiat di hotel bajet
Pegawai Penguat Kuasa Syariah Dungun merampas sehelai seluar dalam milik pasangan terbabit
untuk dijadikan bahan bukti kes selepas menahan pasangan berkenaan pagi kelmarin.
 
 
 
DUNGUN - Keghairahan seorang pelajar kolej untuk pulang bercuti ke kampung bersama teman lelaki bertukar detik hitam apabila dia dicekup pihak berkuasa ketika berada di sebuah bilik di hotel bajet, dekat sini, pagi kelmarin.

Pelajar terbabit, 20, yang sedang menuntut di sebuah kolej swasta di Kota Bharu, Kelantan dikatakan baru menamatkan peperiksaan akhir dan datang ke bandar ini untuk menemui teman lelakinya sebelum bercadang pulang bersama ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang.

Bagaimanapun, pelajar jurusan diploma sains itu tidak terus pulang ke kampung, sebaliknya mengambil kesempatan melepaskan rindu di sebuah bilik hotel yang disewa teman lelakinya, seorang pemandu ekskubator.

Perbuatan tidak bermoral pelajar berasal dari Kampung Ulu Jenut, Kuala Krau, Temerloh itu bagaimanapun menjerat dirinya sendiri setelah bilik penginapannya diserbu pihak Pegawai Penguat kuasa Syariah kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Selepas pintu dibuka oleh teman lelakinya, pelajar berkenaan difahamkan hanya bertuala dengan memakai baju sendat ketat tanpa pakaian dalam manakala teman lelakinya, 21 tahun, dalam keadaan separuh bogel.

Siasatan awal mendapati pasangan itu tidak mempunyai hubungan muhrim.

Kesemua seluar, baju dan pakaian dalam milik pasangan terbabit turut dirampas sebagai bahan bukti.

Pasangan itu bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah 19 November nanti mengikut Seksyen 29(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.sinarharian.

Mayat lelaki ditemui di stor jubin terbiar

sekadar hiasan
BESUT – Mayat seorang lelaki yang lengkap berbaju Melayu dan memakai kain ditemui di sebuah stor terbiar menjual peralatan membuat rumah di Kampung Seberang Jerteh awal hari ini.
   
Mangsa dikenali sebagai Rosnan Jaafar, 51, dari Kampung Lak Lok Dalam, Jerteh bekerja sebagai buruh dengan sebuah Syarikat Kuari di Bukit Yong di sini.

Ketika mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata sebelum kejadian itu polis Balai Jerteh telah menerima laporan daripada anak lelaki mangsa tentang kehilangan ayahnya yang tidak balik rumah sejak keluar jam 9.00 malam Sabtu lalu.

Katanya dalam laporan tersebut si mati dilaporkan telah keluar dari rumahnya dengan menunggang motosikalnya untuk mengisi minyak tetapi tidak pulang sehingga mayatnya ditemui kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

Menurut Kamaruddin, mayat si mati telah ditemui oleh pemilik kedai menjual peralatan membuat rumah bersebelahan stor itu.

“Ketika ditemui mayat si mati didapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh malah motosikal jenis Honda Wave dan dompet milik si mati juga ditemui pada motosikalnya yang diletakkan berdekatan," katanya kepada pemberita.

Menurutnya, sebelum itu polis diberitahu anggota keluarganya yang si mati pernah dimasukkan ke Hospital daerah Besut awal bulan ini kerana mempunyai penyakit jantung dan lelah.

Mayatnya dibawa ke Hospital daerah Besut untuk bedah siasat. - Bernama

Lelaki dah letih guna Viagra

hehe kelakar
London: Seorang lelaki berusia 30-an semalam membuat pengakuan dalam program televisyen This Morning mengenai ketagihannya mengambil pil Viagra sejak 10 tahun lalu meskipun tidak pernah ada masalah rangsangan dan kini mahu mengurangkan pengambilannya.


Hanya didedahkan sebagai Daniel yang bekerja dalam industri muzik, dia memberitahu, kali pertama mengambil pil itu adalah pada berusia 20 tahun selepas diberi oleh rakan ketika mereka berada di luar negara.
Dia dan rakannya banyak minum dan mahu pulang ke hotel bersama beberapa gadis. Oleh kerana takut tidak mampu mencapai prestasi dikehendaki, dia mengambil pil itu daripada rakannya.


“Kawan saya beritahu, saya ada benda ini, ambillah. Dia beritahu apa fungsi pil itu. Kami telan mengikut garis panduan dan ia berjaya,” kata Daniel.

Tak dapat kawal diri

Sejak itu, katanya, dia sering mengambil pil itu hingga ketagih menelannya setiap kali bersama pasangan wanita.
“Saya tidak ada masalah dari segi kemampuan seksual tetapi apabila anda tidak dapat mengawal diri ketika mabuk dan mengambil kira gaya hidup sendiri, anda akan selalu jumpa wanita yang mahu sesuatu daripada anda. Itulah yang perlu dipenuhi,” katanya.

Ketagihannya menyebabkan dia membelanjakan £1,000 (RM4,500) setahun untuk membeli pil biru itu.

Pada masa sama, Daniel mengakui mengalami kesan sampingan dan hanya kerisauan tidak dapat memberi kepuasan menyebabkan dia terus menelan Viagra.

“Apabila saya mengambilnya sekarang, saya dapat dengar denyutan jantung dan rasa seram sejuk. Saya juga dengar seperti sesuatu berdenyut dalam telinga, biasanya selepas saya menelan pil itu,” katanya.

Pakar perubatan, Robert Hicks, menekankan meskipun Viagra selamat digunakan dan sudah banyak menyelamatkan perkahwinan, mengambil sebarang ubat tanpa nasihat doktor ada risiko dan kesannya.

“Kehilangan pendengaran adalah satu kemungkinan kesan daripadanya meskipun ia jarang sekali berlaku. Apa yang benar iaitu ia selamat jika digunakan dengan betul,” kata Hicks. - Agensi

Kelantan juara Piala Malaysia buat kali kedua

SHAH ALAM: Kelantan muncul juara Piala Malaysia buat kali kedua selepas mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia 3-2 pada masa tambahan perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.

pasukan Kelantan meraikan kejayaan


Penjaring Kelantan - Norshahrul Idlan Talaha minit ke-44, 50; Indra Putra Mahayuddin (minit ke-96) ATM - Rezal Zambery Yahya (48), Marlon Alex James (62) . Berita harian.

p/s : tahniah pasukan Kelantan.


Warga emas mati ditembak di depan isteri, pembantu rumah

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas mati ditembak ketika berada dalam kereta di hadapan rumahnya dalam kejadian kira-kira 9.10 pagi ini di Jalan Desa Permai, Taman Desa dekat sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abd Bari Wan Abd Khalid berkata, ketika kejadian, mangsa Fong Yen Chong, 72, bersama isteri serta seorang pembantu rumahnya baru memasuki kereta jenis Perodua Myvi untuk ke pasar sebelum ditembak seorang lelaki bertopeng.

"Sebanyak lima das tembakan telah dilepaskan oleh suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu. Salah satu daripada tembakan itu mengenai bahagian bawah telinga kanan mangsa manakala isterinya hanya mengalami cedera ringan akibat terkena serpihan kaca.
sekadar hiasan

"Tembakan itu juga turut mengenai cermin hadapan, cermin sebelah kanan dan bahagian sisi sebelah kanan kereta mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Akibat daripada tembakan itu, mangsa yang merupakan pesara syarikat insurans mati di tempat kejadian, katanya.

Wan Abd Bari berkata, suspek dipercayai telah menunggu mangsanya di luar rumah dan telah datang dari arah bertentangan sebelum melepaskan tembakan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Sementara itu, jiran mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, dia terdengar bunyi tembakan dan sebaik keluar rumah dia melihat kereta jirannya itu telah terbabas.

"Saya dengar bunyi tembakan dalam empat atau lima kali...saya keluar rumah tengok kereta mangsa sudah terbabas di tepi," katanya dan menurutnya mangsa sekeluarga telah menetap di rumah itu lebih 20 tahun. - BERNAMA

Harimau Muda muncul juara Newspaper Cup

Harimau Muda
Pasukan Harimau Muda
 
 
Tahniah kepada Pasukan Harimau Muda!!!!
 
HARIMAU Muda muncul juara Newspaper Cup melalui jaringan tunggal Hazwan Bakri minit ke-57, malam ini.

Berikut keputusan akhir final Kejohanan Bola Sepak Jemputan VFF Newspaper Cup antara Harimau Muda (bawah 21 tahun) dengan Vietnam.

Keputusan:
Harimau Muda (1) mln Vietnam (0)

Jaringan: Hazwan Bakri minit ke-57

sumber : Sinar Harian

Jumaat, 12 Oktober 2012

‘Anu’ bengkak pakai gelang


sekadar hiasan


IPOH: Bidang tugas anggota pasukan bomba dan penyelamat kini bukan sekadar memadam kebakaran atau mengeluarkan mangsa kemalangan, malah turut meliputi kerja menyelamatkan lelaki gila seks gara-gara cincin, gelang besi atau nat skru tersangkut pada kemaluan mereka.
gelang power
Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.
Lelaki terbabit berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan mampu meningkatkan keupayaan seksual serta memanjangkan zakar.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad berkata, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas nat besi bersaiz lebih kurang syiling 50 sen yang disarungkan pada pada kemaluannya gagal dikeluarkan.

Menurutnya, tindakan lelaki itu menyebabkan aliran darah pada kemaluannya tersumbat sehingga alat sulitnya itu membengkak dan bertukar lebam hitam.harianmetro.

Isteri didakwa bunuh suami

Pegawai polis sedang mengiringi tertuduh

 

KAJANG - Kes pembunuhan seorang tauke kedai tayar dan rakan wanitanya di Cheras bulan lalu memasuki episod baharu apabila isterinya pula dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan tersebut.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ahli perniagaan, Yau Chooi Thin, 29, selepas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.
Pada 4 Oktober lalu, empat lelaki turut didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan membunuh pasangan tersebut. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Ismail Ahmad, 58; S. Dheepak, 27; S. Sandrasagran, 37, dan V. Rajendra Prakash, 33.
Pada prosiding semalam, Chooi Thin didakwa bersama dua yang masih bebas membunuh Leong Kian Sheong, 37, dan rakan wanitanya, Vivien Wong, 20, di sebuah rumah No. 1, Jalan SP 6/3, Taman Segar Perdana, Batu 9 Cheras antara pukul 6.10 pagi dan 6.45 pagi, 13 September lalu.kosmo.

Polis tangkap pencuri Porsche



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
GAMBAR fail menunjukkan Zainuddin mengedarkan gambar Mohd. Azri yang dicari bagi membantu siasatan.



KUALA LUMPUR – Kecekapan polis menyiasat kes kecurian sebuah kereta sport Porsche Panamera 4 bernilai hampir RM1 juta dari sebuah pusat pameran kereta Porsche di Jalan Bukit Bintang di sini kelmarin terbukti apabila suspek yang disyaki terlibat dapat diberkas kurang dari tempoh 24 jam.
Suspek berusia 31 tahun yang merupakan bekas tahanan Pusat Tahanan Simpang Renggam itu ditahan oleh polis Klang pada pukul 3 pagi di sebuah rumah di Kampung Pendamar, Pandamaran. Suspek kemudian diserahkan kepada polis daerah Dang Wangi di sini untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, kereta mewah berwarna emas bernilai RM900,000 itu masih belum ditemui dipercayai telah diserahkan kepada pihak tertentu.
Difahamkan, sebaik dapat melarikan kereta itu pada pukul 9 pagi, seorang rakan suspek yang memandu sebuah kereta lain telah mengekorinya hingga ke satu kawasan berdekatan Hotel Flamingo, Ampang Jaya melalui Jalan Lingkaran Tengah 2.kosmo.

Penjenayah rempuh anggota peronda polis

KUALA LUMPUR - Seorang penjenayah yang dikehendaki dilaporkan merempuh kereta peronda dan motosikal polis yang cuba menahannya di susur keluar Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dari Puchong ke Subang Jaya awal pagi tadi.
Bagaimanapun suspek yang berumur lewat 20-an itu berjaya ditahan dalam kejadian 2 pagi itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata suspek dikehendaki kerana terlibat dalam beberapa kes seperti ugut dan pergaduhan bersenjata di sekitar Lembah Klang.
"Suspek melarikan diri dengan keretanya setelah ditahan oleh dua kereta peronda dan dua motosikal polis untuk tujuan pemeriksaan.
"Polis terus mengejar suspek dan turut melepaskan lapan das tembakan yang mana empat das mengenai lengan dan rusuk suspek sementara empat das lagi mengenai kereta suspek, selepas mengejarnya sejauh dua kilometer,” katanya kepada Bernama.
Mohd Adnan berkata suspek yang cedera parah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya dan keadannya dilaporkan stabil sementara seorang anggota polis bermotosikal yang dirempuh suspek mengalami kecederaan ringan.
Beliau berkata suspek turut didapati positif dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan 307 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan cubaan membunuh. - BERNAMA

Isteri jadi ahli geng peragut

 Harun Idris
Harun menunjukkan antara dompet wanita yang ditemui bersama ahli sindiket peragut bersiri yang berjaya ditahan.
 
LEDANG – Demi cinta, seorang wanita sanggup melakukan apa sahaja untuk suaminya, walaupun terpaksa menjadi ahli sindiket peragut bersiri.
Namun cinta mereka akhirnya membawa ke tirai besi apabila kegiatan jenayah yang dilakukan berjaya dihidu polis.
Demikian nasib seorang kerani wanita yang ditahan bersama empat lelaki pada 25 September lalu di beberapa lokasi berbeza kerana dipercayai menjadi ahli kumpulan peragut bersiri yang dikehendaki setelah terbabit lebih 12 kes ragut dan samun sekitar daerah ini.
Wanita berusia 27 tahun itu merupakan isteri kepada salah seorang ahli kumpulan berkenaan yang sudah bergiat aktif dengan kegiatan meragut sejak setahun lalu.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, kegiatan kumpulan berkenaan terbongkar selepas pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang menahan seorang lelaki berusia 32 tahun di sebuah rumah di Jalan Cabau Kampung Chondong, Jasin, Melaka, kira-kira jam 4.30 pagi.
Menurutnya, suspek dikehendaki polis berhubung dengan laporan berkaitan kes di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
“Selepas tangkapan suspek pertama, pihak polis berjaya menjejaki suspek seterusnya iaitu seorang lelaki berusia 26 tahun di Jalan Sialang, Tangkak pada jam 6.15 pagi.
“Lelaki itu ditahan kerana disyaki terlibat kes ragut bersangkutan dengan laporan di Balai Polis Sungai Mati,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, ketika ditahan, polis turut merampas dua paket plastik lut sinar yang dipercayai mengandungi dadah jenis heroin dan syabu.
Katanya, hasil siasatan, kedua-dua suspek mengaku terlibat dengan beberapa kes ragut di daerah Ledang, selain didapati positif dadah jenis heroin.
“Kita turut merampas dua beg tangan wanita mengandungi pelbagai kad ATM, MyKad dan lesen memandu dipercayai milik mangsa yang diragut.
“Suspek pertama mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu berkaitan jenayah dan dadah. Manakala suspek kedua, mempunyai tiga rekod penyalahgunaan dadah,” katanya.
Harun berkata, susulan itu, pihak polis berjaya memberkas tiga lagi suspek iaitu dua lelaki yang masing-masing berusia 28 tahun dan seorang wanita di Sungai Mati juga Muar untuk membantu siasatan.
Jelasnya, kesemua suspek didapati turut terlibat dalam kes ragut di daerah berhampiran seperti Segamat, Muar dan Melaka.
“Suspek kemudiannya diserahkan ke IPD Muar untuk tindakan lanjut.
“Nilai rampasan dianggarkan RM10,000 dan kebanyakan barangan kemas milik mangsa sudah dijual ke kedai pajak gadai dan sebahagiannya dibuang ke dalam sungai dengan tujuan untuk melupuskan bukti kegiatan mereka,” katanya.sinarharian.

Hasan Ali: Nik Aziz wajar lepas jawatan Mursyidul Am

Hasan Mohamed Ali
Hasan Mohamed Ali
 
 
 
 
SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendesak Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatannya sebagai Mursyidul Am Pas susulan kenyataannya mempertahankan kerjasama Pas dengan DAP.
Beliau yang dipecat oleh parti itu awal tahun ini berkata, Nik Aziz sewajarnya menyerahkan tanggungjawab itu kepada timbalannya, Datuk Dr Haron Din yang dilihat lebih berupaya dan berwibawa.
“Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA (Nik Aziz) memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya, yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau,” katanya dalam satu tulisan pada laman sosial beliau semalam.
Hasan berkata, "saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam Pas dan menjadikan Pas terus berdarjat dan bermartabat sebagai 'custodian' kepada perjuangan Islam, TGNA (Nik Aziz) perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah."
Oleh itu katanya, sudah sampai masanya bagi Nik Aziz untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan Pas sama ada benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja Pas sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan Pas itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.
Kelmarin, Mursyidul Am Pas mengeluarkan kenyataan menyatakan DAP tidak pernah mengganggu Pas, malah beliau menegaskan kerjasama antara dua parti itu perlu untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Rabu lalu, Hasan jga menyokong kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang antara lain berkata, Pas tidak seharusnya mengutamakan kuasa semata-mata dan meletakkan perjuangan Islam di tempat kedua.
Malah dalam kenyataan tempoh hari beliau menyifatkan kenyataan Nasharudin menunjukkan Majlis Syura yang diketuai oleh Nik Aziz sudah mula kembali berwibawa.
Hasan Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia menyifatkan kenyataan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, kelmarin sebagai "agak keterlaluan" susulan secara terang-terangan menyatakan DAP sebagai tidak pernah mengganggu Pas malah menggangkat martabat parti itu sebagai rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
“Kenyataan tersebut tidak layak lagi akan menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong Pas yang sudah tidak menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.
“Saya bimbang kenyataan-kenyataan 'supreme' ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan Pas daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan Pas disebabkan “peluru” yang disediakan oleh TGNA,” kata Hasan.
Hasan juga berkata, Nik Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu kerana ramai pimpinan Pas sebelum ini menyanggah pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dan
Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berterusan menghina serta menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud.
Malah katanya, Nik Aziz juga pernah menyebutkan akan meneruskan hudud di Kelantan meski pun didatangi DAP.
“Tuan Guru Nik Aziz perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah. Sudah sampai masanya bagi Nik Aziz untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan
Pas sama ada benar-benar menguntungkan atau merugikan,” katanya lagi.


BERIKUT KENYATAAN PENUH DR HASAN ALI:
Saya tertarik dan terpanggil untuk memberi sedikit ulasan kepada kenyataan daripada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) yang juga merupakan Mursyidul Am Pas.
Seperti yang diketahui TGNA mempunyai kedudukan istimewa di dalam Pas. Bagi kebanyakan ahli dan penyokong Pas, mereka menganggap TGNA segala-galanya. Beliaulah Mursyidul Am.
Beliaulah "Presiden". Beliaulah Menteri Besar dan beliaulah Tok Guru dari sudut agama.
Kedudukan yang sedemikian bagi saya adalah pemberian ALLAH kepada beliau. Setiap satu kedudukan termasuk dirinya sebagai hamba ALLAH mempunyai tanggungjawab yang begitu besar bukan sahaja di kalangan ahli dan penyokong Pas tetapi yang lebih penting disisi ALLAH SWT.
Saya sendiri dan mungkin orang lain juga merasa begitu kerdil untuk membuat ulasan terhadap sebarang kenyataan yang dibuat oleh TGNA atas kedudukan beliau yang begitu supreme dikotak pemikiran ahli dan penyokong Pas.
Ketiadaan ahli dan penyokong yang berupaya untuk menyanggah pendapat beliau yang setengah-setengahnya begitu ganjil bukan sahaja dari segi perkataan malah dari segi implikasi kenyataan yang dikeluarkan yang mungkin atas supremenya beliau, beliau dan orang-orang dalam lingkungan beliau tidak menyedarinya. Saya tidak perlu mengulangi kenyataan yang mana, waktu bila yang termasuk dalam kategori ini.
Untuk menyatakan DAP tidak pernah mengganggu Pas dan DAP juga merupakan rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan Pas dalam PRU13, bagi saya agak keterlaluan.
Bagi saya juga kenyataan sedemikian tidak seharusnya dikeluarkan oleh seorang yang mempunyai 'stature' seperti yang disebutkan diatas. Lupakah TGNA dan orang-orang disekeliling beliau bahawa TGNA pernah beberapa kali menyanggah pendirian Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud?
Kita tidak lupa, beliau juga pernah menyebutkan akan meneruskan hudud di Kelantan dalam keadaan apa pun yang di datangkan oleh DAP? Kita juga masih ingat betapa tegasnya beliau mengatasi mana-mana pimpinan Pas yang lain menyatakan perasaan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang adakalanya tidak layak oleh seseorang yang dianggap begitu 'supreme'.
Bagi saya kedua-dua kenyataan terakhir TGNA mempunyai dua implikasi besar.
Pertama, kenyataan tersebut tidak layak lagi akan menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong Pas yang sudah tidak menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.
Kedua, saya bimbang kenyataan-kenyataan supreme ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan Pas daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan Pas disebabkan “peluru” yang disediakan oleh TGNA.
Saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam Pas dan menjadikan Pas terus berdarjat dan bermartabat sebagai “custodian” kepada perjuangan Islam, TGNA perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah. Sudah sampai masanya bagi TGNA untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan Pas sama da benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja Pas sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan Pas itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.
Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau.sinarharian.

Digigit lintah, Seniwati Sarimah kongsi pengalaman

SENIWATI Negara, Datuk Sarimah Ahmad masih teringat pengalamannya digigit lintah ketika menjalani penggambaran di Sik, Kedah.
Ia berlaku ketika penggambaran filem Ranjau Sepanjang Jalan selama tiga bulan di situ.
Walaupun sudah hampir 29 tahun berlalu, namun kenangan pahit dan manis masih terpahat dalam ingatan pelakon utama bagi filem hebat itu.

Seniwati Sarimah Ahmad

Sarimah yang masih anggun walaupun sudah mencecah usia 70 tahun itu berkata, dia langsung tidak mengetahui mengenai selok-belok kampung di Kedah kerana berasal dari Pahang.
“Hendak pula apabila ada di antara babak yang perlu kami masuk sawah, saya hanya terbayangkan lintah sahaja pada masa itu dan bayangkan saya begitu geli sehingga masih terasa digigit sehingga kini.
“Disebabkan tidak mahu 'anak-anak’ saya di dalam filem berkenaan geli pada lintah, saya sendiri masuk ke sawah dan mengajak mereka bersama, pada masa itu yang menjadi ‘anak’ saya antaranya Marlia Musa isteri kepada M Nasir sekarang dan Melissa Saila anak kepada seniwati, Mariani.
“Saya memberanikan diri masuk ke dalam bendang kerana jika saya takut sudah pasti mereka juga takut, tetapi pada masa itu lintah terus keliling kaki saya dan saya terpaksa memejamkan mata untuk buang kesemuanya,” katanya.
Beliau ditemui ketika menjadi panel Forum Filem Ranjau Sepanjang Jalan di Perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia (USM).
Forum berkenaan diadakan sempena Persidangan Kebangsaan Shahnon Ahmad Dalam Sastera, Budaya dan Media.
Novel Ranjau Sepanjang Jalan yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara, Profesor Emeritus Datuk Shahnon Ahmad pada 1966 itu mengandungi hampir semua jenis cabaran, dugaan dan masalah yang lazimnya dihadapi petani yang miskin.
Sama seperti novelnya, filem ini turut mengetengahkan kehidupan sukar petani dengan cara yang cukup kreatif dan menginsafkan.
sekadar hiasan
Penceritaannya juga menggugat emosi sekali gus menyentak akal fikiran tentang kelompok masyarakat yang hidupnya asyik berjuang bukan untuk mencari sesuap nasi.
 
Bukan niat jadi popular
SARIMAH berkata, dek kerana meminati karya sastera pada zaman mudanya, dia sanggup menjadikan karya Shahnon menjadi sebuah filem.
Menurutnya, karya Shahnon Ahmad perlu difilemkan kerana novelnya yang begitu hebat dan terkenal.
Walaupun pada masa berkenaan kebanyakan produser tidak mempunyai duit yang banyak, namun karya yang hebat perlu diketengahkan kepada orang ramai.
“Pada masa dahulu kami buat filem kerana mahu menampung keluarga dan memberi makan kepada anak-anak.
“Jadi semangat perlu cekal dan kuat, bukanlah niat pada masa itu mahu menjadi popular,” katanya.

Tumpuan pada keluarga
Aktres yang popular dengan lakonan Dayang Senandung, Si Tanggang, Ali Baba Bujang Lapuk, Tiga Abdul dan Jefri Zain itu mengakui kini hanya menumpukan perhatian terhadap keluarganya sahaja.
Dia juga mengakui agak sedih ketika mula membicarakan filem Ranjau Sepanjang Jalan yang pernah dibintanginya kerana baginya ranjau dalam kehidupannya juga begitu banyak dilalui.
“Antara cabaran yang paling hebat dilalui saya adalah pada 2010 yang mana saya bertarung dengan penyakit barah.
“Pada masa itu, saya hanya ingat sudah tidak mampu untuk hidup lagi, namun ALLAH Maha Besar kerana saya masih lagi meneruskan kehidupan sehingga ke hari ini, pasti semuanya ada hikmah,” katanya.
Dia menegaskan tidak merancang untuk kembali berlakon, namun akan memilih sekiranya ada skrip yang baik.
“Tapi buat masa ini memang tidak, jika hendak membincangkan tentang dunia seni pada masa kini juga saya tidak boleh beri pandangan kerana saya sudah tidak banyak meluangkan masa pada industri itu.
“Saya lebih fokus kepada kehidupan keluarga saya dan anak-anak serta produk kesihatan saya sahaja,” katanya.sinarharian.