Jumaat, 29 Jun 2012

Pas nafi guna artis tarik pengundi muda

ALOR SETAR - Kehadiran artis dalam parti politik bagaikan trend apabila seorang demi seorang menyatakan sokongan terhadap sesebuah parti politik. Terbaru, Hairie Othman menjadi ahli Pas dan Abby Abadi sebagai penyokong Pas.
Walaupun agak janggal mengaitkan artis dengan Pas, namun ia bukanlah sesuatu yang baru, ekoran sebelum ini beberapa nama sudah dikaitkan dengan Pas, antaranya, Yassin Brothers, Ringgo Arrow, Bob Lokman, Azmil Mustafa dan Akhil Hayy.
Ketika ditanya trend artis sertai parti politik, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia suatu perkembangan yang baik kerana Pas adalah sebuah parti politik yang terbuka untuk semua.
“Artis sekarang lebih berfikiran terbuka dan tidak takut hilang peminat gara-gara mereka memilih Pas sebagai parti pilihan, malah kita juga ada selebriti politik yang diibaratkan sebagai orang ternama dalam politik yang disenangi ramai iaitu Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan artis yang menyatakan sokongan pada Pas menganggap Nik Abdul Aziz sebagai ikon mereka dan menyanjung keperibadian beliau.
Bagaimana pun, Mahfuz menafikan Pas mempergunakan golongan artis untuk menarik golongan belia, khususnya pengundi muda untuk mendekati parti itu, terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Apa yang berlaku ialah selebriti politik (Nik Abdul Aziz) berjaya tarik golongan artis untuk mendekati Pas. Selain timbul kesedaran politik yang tinggi dalam diri masing-masing, ia bukan paksaan tetapi mereka lakukan secara sukarela,” katanya.
Mahfuz berkata, pembabitan beberapa artis sebelum ini dalam parti politik membuktikan kerjaya mereka tidak terjejas, sebaliknya pendekatan mereka berubah kepada lebih Islamik.
“Artis sekarang tak takut umum mereka sokong siapa, mereka tak bimbang peluang dalam industri hiburan terjejas. Memang ramai yang sertai atau sokong Pas dan peminat tetap minat mereka,” katanya.
Menurutnya, Pas mendekati semua golongan dalam kempennya, termasuk artis.
Malah diwujudkan lajnah kebudayaan dan keseniaan untuk mendekati golongan itu secara berkesan.
“Kita tidak sekat hiburan dalam Pas. Artis yang cenderung dengan Pas boleh berdakwah dan giat dalam seni secara Islamik. Mereka sering dijemput memeriahkan ceramah untuk berkongsi penghijrahan selain membuat persembahan berlandaskan Islam,” katanya.
Mahfuz berkata, industri hiburan dan politik saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain, dengan cara tersendiri berlandaskan pendekatan Islamik.sinarharian.

Dirogol ketika mandi sungai

KUALA KUBU BHARU - Pendarahan banyak pada kemaluan membongkar perbuatan sumbang seorang remaja berusia 16 tahun yang mengakui disetubuhi teman lelakinya.

Ibu remaja terbabit yang mengetahui perkara itu telah membuat laporan polis sehingga membawa kepada tangkapan teman lelaki anaknya itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, perkara itu hanya disedari ibu remaja terbabit selepas dua hari hubungan sulit dilakukan.

“Menurut fakta kes, mangsa (remaja wanita) diajak oleh suspek (lelaki) terbabit untuk melakukan hubunganseks di kawasan Air Terjun Sungai Balak, Jalan Genting - Batang Kali dekat
sini pada 24 Jun lalu.

“Pengadu datang bersama dua sepupu dan tiga rakannya ke kawasan air terjun itu untuk mandi. Tetapi suspek berusia 22 tahun telah mengajak mangsa ke kawasan jauh sedikit daripada tempat mandi mereka.

“Suspek kemudian telah memujuk dan memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks tapi mangsa tak nak dan menghalangnya, namun mangsa dikatakan tidak berdaya melawan dan suspek terus rogol mangsa,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurut beliau, selepas kejadian itu mangsa balik ke rumah tanpa memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu.

Jelasnya, hanya dua hari kemudian mangsa mengalami pendarahan yang banyak pada kemaluan sehingga diketahui ibunya dan mangsa menceritakan perkara sebenar.

Norel berkata, bertindak atas makluman mangsa, polis berjaya menangkap suspek di rumahnya di Kampung Kuantan, Batang Kali.

“Suspek mengaku melakukan hubungan itu dengan remaja wanita itu dan ia dilakukan pertama kali,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kini ditahan di Hospital Selayang kerana mengalami kesan koyak pada kemaluan.

Norel Azmi memberitahu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.sinarharian.

Seludup dadah: Wanita hamil dari Malaysia dihukum penjara 14 bulan

MELBOURNE - Seorang wanita hamil dari Malaysia yang menelan 34 until kecil heroin di Kuala Lumpur sebelum ditahan di lapangan terbang Melbourne pada Jumaat, dihukum penjara 14 bulan setelah mengaku bersalah mengimport heroin.
Akhbar The Age melaporkan, Hakim Mahkamah Daerah Gabriele Cannon menyelar Norazlinda Ramli, 35, dari Puchong, Selangor kerana sanggup membahayakan nyawa bayi yang dikandungnya dengan berkata tindakannya menjadi penyeludup dadah "tidak menguntungkan diri kamu".
Kata hakim itu walaupun Norazlinda, yang dijadual melahirkan bayi perempuan dan sudah diberi nama 'Grace' pada 15 Julai, berhasrat untuk tinggal bersama bayinya di dalam penjara, tetapi perkara itu akan diputuskan pihak berkuasa berkenaan.
Norazlinda, yang dipercayai menghadapi masalah kewangan, mengandung 12 minggu ketika menelan untilan dadah berkenaan dan menaiki pesawat Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Melbourne pada 12 Feb.
Setelah ditahan para pegawai kastam, dia mengeluarkan untilan yang mengandungi 83.1 gram heroin tulen dan dianggarkan bernilai A$92,200 di pasaran gelap.
Hakim Cannon berkata Norazlinda mendakwa dia tidak menyedari untilan berkenaan mengandungi heroin.
Dalam keterangan kepada polis, Norazlinda berkata dia didatangi seorang lelaki semasa bekerja di pusat beli-belah di Subang Jaya dua minggu sebelum menaiki pesawat dan diberitahu akan dibayar RM9,000 sekiranya dia menelan 80 until kecil dan pergi ke Australia.
Bagaimanapun, kata wanita ini, dia hanya dapat menelan 34 until.
Hakim Cannon berkata Norazlinda menerima tawaran lelaki berkenaan kerana ingin menyara keluarganya.
Norazlinda mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarganya ketika berusia 16 tahun dan mempunyai lima anak. Anak lelakinya meninggal dunia ketika berusia tiga tahun kerana msalah paru-paru tiga tahun lepas, manakala ibunya meninggal dunia akibat kanser pada 2009.
Rumah tangganya hancur pada 2010 apabila suaminya mengalami masalah mental dan kembali tinggal dengan keluarganya.
Berikutan itu, Norazlinda bersama anak-anaknya yang berusia 8, 11, 16 dan 19 tahun, terpaksa tinggal dengan bapa tirinya di sebuah pangsapuri tiga bilik.
Ketika bekerja di sebuah kedai pakaian, dia menjalin hubungan dengan lelaki bernama Abdul Ramen yang mengusahakan kedai runcit bersebelahan tempatnya bekerja.
Apabila hamil hasil hubungannya dengan Ramen, Norazlinda mengalami masalah kewangan untuk menanggung keluarganya dan ini mendorongnya bersetuju menelan untilan dadah berkenaan dan pergi ke Australia.
Hakim Cannon berkata Norazlinda boleh dikenakan hukuman maksimum 25 tahun penjara serta denda A$550,00, tetapi beliau mengurangkan hukuman itu setelah mengambil kira "masalah keluarga luar biasa yang dihadapinya." - Bernama

Osman Kering meninggal dunia




MOHAMMAD AL-ANAS (kanan) melihat wajah ayahnya buat kali terakhir selepas disembahyangkan di Masjid Al-Najihin, Bandar Seri Permaisuri, Cheras semalam.


KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim (gambar kecil), 59, menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini pada pukul 3.45 petang semalam.
Allahyarham yang menghidap penyakit batuk kering sejak beberapa tahun lalu meninggal dunia akibat kegagalan organ dalamannya berfungsi.
Menurut anak sulung Allahyarham, Mohammad Al- Anas, 28, bapanya mengalami bengkak pada bahagian otak sejak Isnin lalu dan ia semakin teruk sejak beberapa hari lepas.
“Doktor beritahu bengkak tersebut disebabkan aliran darah dan oksigen tidak sampai ke otaknya dengan baik.
“Selain itu, paru-parunya berfungsi sebelah sahaja manakala sebelah lagi sudah lama rosak,” katanya ketika ditemui.kosmo.

Mertua dicekup bantu menantu, anak jual dadah




KOK LIANG menunjukkan peralatan memproses dadah yang dirampas daripada tiga sekeluarga pada sidang akhbar di Teluk Intan semalam.


TELUK INTAN - Tidak sampai seminggu selepas dibebaskan daripada Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan penyalahgunaan dadah, seorang lelaki dicekup bersama isteri dan ibu mertuanya kerana menjadikan rumah mereka sarang membungkus ganja dan syabu.
Perbuatan mereka terbongkar selepas polis menyerbu rumah mereka di Taman Desa Maju Perak, Alor Bakong, Langkap dekat sini pada pukul 4.30 petang kelmarin selepas polis menerima maklumat orang awam berhubung aktiviti mencurigakan di kediaman terbabit.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kesemua suspek yang berusia antara 34 hingga 58 tahun diberkas bersama 59 peket dadah jenis ganja dan syabu selain wang tunai berjumlah RM1,531 yang dipercayai hasil jualan dadah.kosmo.

Kemungkinan akibat tolak pinangan wanita rentung dibakar


KEJAM...mayat mangsa yang dibakar hingga mati.
KEJAM...mayat mangsa yang dibakar hingga mati.
HALANG...anggota polis mengusir pihak media mengambil gambar  mangsa.
HALANG...anggota polis mengusir pihak media mengambil gambar mangsa.
 
KUALA LUMPUR: “Tahun lalu, ada seorang lelaki datang ke rumah merisik tetapi saya terpaksa menolak risikan itu kerana anak perempuan saya tidak setuju.
“Sejak peristiwa itu, anak perempuan saya memberitahu lelaki terbabit sering mengganggu bukan saja menemuinya di rumah malah ke pejabat,” kata S Periasamy, 62, bapa P Yoga Ambiga , 27, yang dibunuh secara kejam apabila mayatnya ditemui rentung di koridor rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Ampang Campuran, di sini.
Turut ditemui kesan tompokan kuah kari di sekeliling mayat yang sudah rentung dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin itu.

Periasamy dari Segamat, Johor bukan saja sedih malah buntu dengan kematian anaknya itu, bagaimanapun tidak dapat mengagak siapa melakukan perbuatan kejam itu.


Anak perempuannya itu baru bertunang dengan lelaki pilihannya, Thurai Raj 30-an pada 16 Jun lalu dan majlis persandingan akan diadakan Oktober ini.hmetro.

Rabu, 13 Jun 2012

Man suspected of abducting and assaulting teacher has remand extended

PETALING JAYA: A magistrate's court here has extended a remand order against a 48-year-old man believed to be involved the abduction-cum-robbery of a teacher Teoh Soo Kim.

Serdang OCPD Supt Abdul Razak Elias said the remand order had been extended for another two days against the suspect who was detained on Saturday.

Supt Abdul Razak said Wednesday the remand order was made under Section 117 of the Criminal Procedure Code.

Teoh, 51, was brutally beaten and dumped at Talam oil palm estate in Kuala Selangor.

The special education teacher was seriously injured in the incident and now being warded at the intensive care unit of Sungai Buloh Hospital.

She left the house around 7am to pick up one of her student last Wednesday but failed to turn up.

She was found four hours later by passers-by at the estate.thestar.

Pelajar IPTA dengan penagih dadah dicekup ketika sedang berpelukan


Dicekup ketika sedang berpelukan
Keadaan pelajar kejuruteraan awam IPTA berdekatan yang dicekup dalam keadaan
berpelukan bersama teman lelakinya di sebuah stor cuci kereta di Balai Besar.
 
 
DUNGUN – Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam berdekatan, dicekup pihak berkuasa dalam keadaan berpelukan bersama teman lelakinya atas katil bertingkat di dalam sebuah stor pusat cuci kereta, dekat sini, pagi kelmarin.

Pelajar perempuan terbabit dipercayai bertandang ke tempat mencuci kereta yang bakal dibuka itu, sebaik menamatkan kuliahnya untuk memadu asmara bersama teman lelakinya yang difahamkan seorang penganggur.

Namun pelajar IPTA yang berasal dari kampung Cacar, Paka yang sama sekali tidak menyangka bahawa teman lelakinya itu penagih bagaimanapun terkedu seketika, apabila menerima kehadiran sepasukan anggota polis narkotik yang melakukan serbuan di tempat berkenaan.

Susulan penangkapan tersebut, remaja perempuan yang merupakan seorang pelajar kejuruteraan awam dan anak seorang pesara syarikat swasta di Paka itu, terpaksa diserahkan kepada pihak Jabatan Agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki berkhalwat.

Sementara itu, teman lelakinya yang berasal Kampung Durian Mas itu juga didapati positif dadah jenis methapethamine setelah menjalani unian saringan air kencing dan disiasat mengikut seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua-dua pasangan terbabit bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah pada 9 Julai 2012 nanti atas kesalahan berkhalwat mengikut seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak melebehi dua tahun penjara boleh dikenakan ke atasnya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit.sinarharian.

Penduduk berang air najis babi masuk kampung





PENDUDUK melakukan perhimpunan aman membantah projek pembinaan saluran parit menyalurkan air najis babi di Kampung Titi Hitam, Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini.


NIBONG TEBAL - Lebih 100 penduduk Kampung Titi Hitam, Sungai Bakap di sini berhimpun secara aman semalam membantah pembinaan saluran parit menyalurkan air najis babi dari kawasan penternakan haiwan itu di Kampung Jawi ke kampung mereka.
Mereka mendakwa, projek yang diluluskan kerajaan negeri itu bukan sahaja menyebabkan kawasan mereka akan berbau busuk tetapi juga akan sering dilanda banjir kilat.
Wakil penduduk, Ahmad Awang, 58, berkata, penduduk hairan kenapa peruntukan yang banyak diberi untuk membina saluran berbanding kos membina rumah pam bagi menyedut air parit berkenaan ke Sungai Jawi.
Sebelum ini, air parit itu disalurkan ke Sungai Jawi yang terletak bersebelahan kampung tersebut.
"Tapi sejak pembinaan projek EDTP (Landasan Berkembar Keretapi Elektrik), kerajaan negeri ambil jalan mudah membina saluran di bawah landasan dan airnya disalur ke sungai.
"Kami bantah projek ini kerana tidak mahu sungai dicemari," katanya.kosmo.

Sekolah terbakar, tutup 3 hari



API membakar bilik-bilik di aras tiga bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yu Hua, Kajang, Selangor semalam.


KAJANG - Sesi pembelajaran 1,383 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yu Hua di Jalan Low Ti Kok di sini tergendala apabila satu blok tiga tingkat sekolah itu musnah dalam kebakaran semalam.
Kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu bermula dari sebuah bilik mesyuarat di tingkat tiga yang dijadikan bilik tuisyen bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September ini.
Api dikatakan berpunca daripada alat penyaman udara yang tiba-tiba mengeluarkan asap dan disusuli dengan percikan api yang menyambar bilik mesyuarat itu sebelum merebak ke bilik-bilik lain di blok itu.
Semasa kejadian, seramai 40 murid berada di bilik mesyuarat tersebut kerana menghadiri kelas tuisyen yang sepatutnya tamat pada pukul 3.30 petang.kosmo.

Taukeh Besi buruk ditetak sampai terbelah kepala..

 




ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat Sivanesan diserang sekumpulan 15 lelaki hingga mati di Taman Sri Murni Jinjang, Kepong, Kuala Lumpur kelmarin.



KUALA LUMPUR - Seorang pengusaha kedai besi buruk menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila dia dibunuh oleh sekumpulan 15 lelaki bertopeng hitam yang menetak kepalanya menggunakan parang panjang dalam kejadian di Taman Sri Murni Jinjang, Kepong dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 4.30 petang itu menyebabkan R. Sivanesan, 35, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang. Difahamkan, kepala Sivanesan hampir terbelah akibat tetakan samseng-samseng terbabit.
Polis masih menyiasat motif utama pembunuhan tersebut tetapi sumber memberitahu, ia berkait rapat dengan dendam lama dan perebutan kawasan tapak perniagaan besi buruk.
Selain membunuh mangsa, suspek yang datang ke premis mangsa dengan menaiki empat buah kenderaan termasuk sebuah kereta Proton Waja dan Naza Citra turut melarikan wang RM5,000 dan seutas rantai bernilai RM10,000 milik mangsa.kosmo.

Polis cari Din dukun

HAMDAN menunjukkan gambar Ausman atau Din yang dicari bagi membantu siasatan kes bunuh pada sidang akhbar di Seremban, Negeri Sembilan semalam.


SEREMBAN - Kes pembunuhan seorang pemandu peribadi yang mayatnya ditemui hanya memakai kain sarung di ladang kelapa sawit di Jalan Besar Linggi-Lubok Cina dekat Rembau 15 Mei lalu bakal terungkai sekiranya polis menemui seorang lagi lelaki bagi menyelesaikan kejadian tersebut.


Lelaki itu ialah Ausman Mohd. Dahlan, 50, atau Din beralamat di No. 389 Lorong Teluk 5 Kg. Teluk, Pasir Panjang Batu 16, Port Dickson dan No. 5 Lorong Jaya 1, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Maklumat penting tersebut diperolehi selepas polis menyoal siasat tiga lelaki berusia lingkungan 30-an yang ditahan di Perak 5 Jun lalu bagi membantu siasatan kes tersebut.

Ketua Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, Din adalah seorang dukun dan merupakan individu terakhir yang sepatutnya ditemui si mati pada hari kejadian.kosmo.

Janda hantar SMS lucah

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan awam berusia 55 tahun membuat aduan polis selepas mendakwa tidak tahan diganggu seorang janda anak tiga yang sering menghantar SMS lucah kepadanya hampir setiap hari.
Malah, lelaki itu turut mendakwa difitnah janda berusia 40-an terbabit konon merogolnya sehingga hamil.

sekadar hiasan

Lelaki berkenaan mengenali wanita itu pada awal Mei lalu ketika mengajaknya menjadi rakan kongsi perniagaan jualan langsung.

Namun, akibat tidak tahan dengan gangguan yang menjatuhkan reputasinya sebagai kakitangan awam, lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Jalan Dang Wangi, kelmarin.

Sumber polis berkata, mangsa menjalankan perniagaan produk kesihatan dan mempelawa janda terbabit menjadi rakan kongsi, namun disalahertikan hingga diganggu melalui SMS, panggilan telefon serta laman sembang sosial sejak awal bulan lalu.

Katanya, hampir saban hari mangsa dihujani SMS lucah dan diganggu melalui laman sosial dengan kata-kata berbaur fitnah hingga boleh menjejaskan rumah tangganya.


“Mangsa pada mulanya boleh bersabar, namun tidak tahan selepas janda itu menghantar SMS menuduhnya merogol hingga hamil dan perlu bertanggungjawab bagi mengelak tindakan lebih keras daripada wanita terbabit,” katanya, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.hmetro.


Pengawal keselamatan mati dipukul di kepala

KAJANG: Seorang pengawal keselamatan mati akibat dipukul di kepala di Taman Sri Langat, Jalan Reko di sini, hari ini.
Mayat T.Saikeran, 50, ditemui dengan tiga kesan koyakan di bahagian kepala.

sekadar hiasan

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata kejadian pada pukul 2.45 petang itu dipercayai berpunca daripada pergaduhan.

"Mangsa dipercayai dipukul dengan sebatang besi. Kami menemui sebatang besi dengan kesan darah berhampiran kawasan mayat lelaki itu ditemui," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.


Sehubungan itu polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun di sekitar Kajang beberapa jam selepas kejadian bagi membantu siasatan kes itu.

Mayat Saikeran dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Kelar leher ibu saudara

TAMPIN: Seorang pembantu am sekolah di Gemencheh, dekat sini, bukan saja disembelih anak saudara perempuannya menggunakan pisau ‘Rambo’, malah ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah berhampiran pasar di Jalan Gemencheh-Felda Bukit Rokan, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Azizah Isa, 50, dilaporkan kritikal dan masih dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) akibat parah di kanan lehernya dipercayai disembelih anak saudara berusia 26 tahun.
Anak bongsu mangsa, Nurul Aishah Johari, 17, berkata dia terkejut sebaik pulang dari rumah rakan apabila diberitahu ibunya parah dan dirawat di hospital.

“Lebih mengejutkan, saya diberitahu ibu disembelih sepupu sendiri menyebabkan saya hampir pitam.


“Tidak sangka, dia (sepupu) sanggup memperlakukan ibu sebegitu, sedangkan kami berdua cukup rapat,” katanya ketika ditemui di HTJS, semalam. hmetro.