Jumaat, 15 April 2011

ISLAM AKAN MENGUASAI DUNIA KETIKA NABI ISA (AS) DAN IMAM MAHDI (AS) BERSATU

(Ratu pondan ) Video miss Malaysia Pahang 2010



Lepas satu-satu isu timbul kan. 2,3 hari ni kita telah digemparkan dengan pertandingan “Miss universe Malaysia 2010 Mak Nyah” yang diadakan di negeri pantai timur pahang. Kalau kita dengar miss universe untuk golongan wanita normal ianya tidaklah janggal tetapi jika kita mendengar miss universe yang diadakan untuk golongan ‘mak nyah’ apa anda rasa? Ianya amat janggal dan tak sepatutnya diadakan terutama di malaysia yang merupakan sebuah negara islam.

Anda dah lihat video? (nanti tengok dibawah) jika video ini tidak dihighlightkan sebagai mak nyah mungkin ada yang sangka bahawa si gadis ayu cantik molek tinggi lampai ini pastinya wanita sejati kan.Pasti tertipu jika mereka ini tidak mengeluarkan suara mereka yang agak garau ni haha.

Pertandingan Ratu Mak Nyah ini telah diadakan disebuah hotel terkemuka di negeri pantai timur itu. Salah seorang peserta yang telah ditemubual mengatakan acara tersebut diadakan bertujuan melakukan kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib.Ini semua hanya helah semata-mata untuk mengaburi pihak orang tertentu seperti pihak berkuasa. Golongan Datuk dan artis seperti Noraniza idris juga mendapat jemputan bagi menjadi juri untuk pertandingan miss universe 2010 pahang mak nyah.

Persoalannya kenapa pihak berkuasa tempatan boleh terlepas pandang tentang hal ni? Kepada pihak berkenaan mereka perlu mengambil perhatian serius bagi menangani acara ini dari terus dijalankan. Kita takut jika terlalu banyak aktiviti-aktiviti songsang yang bertentangan dengan syariat ini boleh mengundang bala kepada negara.

Lihat video jijik yang pernah YB tengok “Video Miss universe pahang 2010 mak nyah“:

Ayat salah seorang peserta di babak terakhir sekali yang mengeluarkan statement “Terima kasih kepada kawan-kawan, ibu bapa,adik-beradik dan suami tercinta saya yang telah menyokong saya” memang tak boleh blah! Ini semua bala!

Khamis, 14 April 2011

Gulai Ikan patin RM 13 000

Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila
mereka dikenakan bayaran RM13,000.



Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.



Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.

Jumaat, 8 April 2011

Gaji RM22,826.65 sebulan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005 yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2004.







Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 manakala jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2004," katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan N. Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota Kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen dan elaun mereka dari tahun 2005 hingga tahun 2009.

Mohamed Nazri berkata, jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota Kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada tahun 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.


Cuba bandingkan dengan gaji Perdana Menteri Singapore, Gajinya enam kali ganda berbanding gaji Presiden Amerika. Gaji Perdana Menteri Malaysia kita ciput je hehehe berbanding mereka dari negara-negara yang lebih maju. Gaji PM Singapore adalah tertinggi didunia kalau tidakk percaya sila baca maklumat dibawah................................wow!!!!

Singapore PM's salary stuns White House official
A senior White House official back on Tuesday, April 10, 2007 admitted he was floored by the news that Singapore's prime minister earned five times more than then US President George W. Bush. "I'm going to emigrate and run for office in Singapore," the official said on condition he be identified only as "a senior administration official who sits in disbelief after reading that story."
Who gets what (without performance bonuses)
Flash! SINGAPORE, March 11, 2011 - Parliament has approved an increase in the President's salary which is now S$4,267,500 (US$3,355,270), an increase of S$890,700 (US$700,302).
Singapore's current President, Nathan, was a member of the dreaded Japanese Kampeti (uniform, sword and all) the secret police during the Japanese occupation of Singapore.
  • Singapore Prime Minister's Salary $US2.47 million, or about six times more than the U.S. President, who currently takes home US$400,000.
  • The monthly pay for a Singapore Member of Parliament (who does virtually nothing) is S$12,000 (US$8,600 ) per month or S$144,000 (US$103,200 ) per year tax free.
Note: At age 55, Singapore Ministers collect both a salary and their full pension.
United States:President Barak Obama: US$400,000, with US$50,000 expenses
Vice President Joe Biden: US$202,900
Cabinet Secretaries: US$157,000 - $186,600
Secretary of State (Hillary Clinton) - $186,600

United Kingdom: Prime Minister: $US279,000
Australia: Prime Minister: $US229,000
Hong Kong: Prime Minister: $US516,000
Japan: Prime Minister: $US243,000
Canada: Prime Minister: $US246,000
Germany: Prime Minister: $US303,000
France: Prime Minister: $US318,000

sumber http://www.yeocheowtong.com/Salaries.html

Murid mati dipukul warden asrama

Bila nafsu amarah membuak-buak, menyebabkan manusia
hilang kewarasan. Alfatihah dan Takziah untuk adik Saiful, semoga rohnya dicucuri rahmat.



KANGAR 5 April - Pas Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran kematian seorang pelajar tujuh tahun dua hari lepas yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini.






Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya juga memohon maaf kepada kaum guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.
Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.
"Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti,” katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini.





Hashim, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang berkata, Pas Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.
Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah itu, Rus”sele Eizan berkata, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti itu beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.
Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru-guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.
"Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tinggi,” katanya. - Bernama

sumber http://anakmathijau.blogspot.com/

Pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa ini ialah pihak pentadbir sekolah perlu menemuduga dengan lebih ketat, setiap calon yang memohon untuk menjadi guru, bukan sekadar main ambik sesiapa yang menganggur tanpa tapisan yang ketat. Setiap calon juga perlu menghadiri kursus perguruan bagi melayakkan seseorang calon guru itu untuk menjadi guru.

Video Anwar Ibrahim

Penulis kurang bersetuju tentang penyebaran video sex Anwar Ibrahim, pertama kes ini masih dalam siasatan polis, yang kedua video itu belum disahkan bahawa pelakon utamanya adalah Anwar, yang ketiganya Anwar pun orang Islam, usahlah kita mengaibkan sesama Islam, penulis juga rasakan bahawa  sesetengah orang umno juga tidak bersetuju dengan penyebaran video ini.Walaupun penulis bukan menyokong mana-mana parti, tapi penulis berharap kita sama-samalah membantu sesama kita tidak kira kita menyokong parti yang mana.

 Jika pertelagahan demi pertelagahan berlaku, ini akan menyebabkan orang melayu menjadi semakin lemah, ini kerana perpecahan akan menjadi lebih buruk.Pertelagahan ini mungkin akan diwarisi oleh anak2 mereka pula. Akhirnya pertelagahan atau perbalahan ini akan berpanjangan.




Kurangkan pergaduhan tingkatkan ukhwah sesama Islam, cintailah saudara kita seagama. Kelak kita akan selamat dunia dan akhirat.

Murid pukul guru

Isk isk....penulis pasti suatu hari nanti sibudak nakal ni akal menyesal seumur hidup, mungkin 20 tahun dari sekarang. Pada ketika itulah baru dapat merasakan keberkatan ilmu yang boleh digunakan untuk kehidupan kita akan dirasai, seperti susah hendak mendapat kerja, dipulau masyarakat.
Atau setidak-tidaknya pelajar ini akan bertaubat, apabila ingin bertaubat mesti meminta maaf daripada orang yang kita telah lakukan kesalahan. Apapun penulis berharap pelajar ini dibukakan pintu hati untuk menjadi seorang yang baik suatu hari kelak.
Cikgu yang ditumbuk
KANGAR: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, di sini, bertindak kurang ajar apabila menumbuk muka seorang guru perempuan sehingga mangsa patah hidung, tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, guru berkenaan dipercayai baru saja selesai mengajar subjek Sejarah sebelum keluar menuju ke bilik guru.
Difahamkan, suspek berang selepas guru terbabit Mariati Mat Ail, 37, ingin membawanya ke bilik guru disiplin selepas suspek didapati bergaduh di koridor sekolah itu.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPNPs) berkata, mangsa terserempak dengan satu pergaduhan di mana suspek sedang membelasah seorang pelajar tingkatan satu di kaki lima sekolah itu sebelum cuba menyuraikannya.


“Mangsa menarik suspek yang pernah dibuang sekolah untuk dibawa ke bilik guru disiplin kerana membelasah pelajar berkenaan.

“Suspek yang enggan dibawa ke bilik itu tiba-tiba melepaskan satu tumbukan kuat tepat ke muka guru itu yang mengenai hidung mangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.

Katanya, hidung mangsa patah akibat tumbukan berkenaan menyebabkan mangsa pening sebelum terjatuh.

“Sambil menekup hidungya dengan kain, mangsa mengagahkan dirinya untuk bangun dan pergi meminta bantuan daripada rakannya yang berada di bilik guru sekolah itu.

“Suspek yang menumbuk mangsa kemudian melarikan diri sebelum mangsa pergi mendapatkan rawatan kecemasan di HTF dan membuat laporan polis kira-kira jam 4 petang, semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi berkata, suspek berusia 14 tahun ditahan kira-kira jam 5 petang semalam sebaik saja menerima laporan mangsa.

Katanya, suspek sebelum itu membelasah seorang pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan kerana tidak berpuas hati masalah peribadi sebelum disuraikan mangsa.

“Mangsa cuba menyelamatkan pelajar tingkatan satu terbabit sebelum dia ditumbuk suspek di muka.

“Polis memandang serius perkara ini kerana membabitkan kawasan sekolah dan akan menyiasat punca kejadian,” katanya.

Menurutnya, polis menerima dua laporan kejadian itu, daripada guru terbabit dan pelajar tingkatan satu yang dibelasah suspek.

sumber harian metro

apa nak jadi dengan bangsaku.....semakin liar dan jahat, murid-murid sekarang...walaupun kes ini kes terpencil diharap dapat menjadi pengajaran kepada semua guru.

Kes buli yang mendapat liputan media dari tahun 2004 hingga 2009

Walaupun kes-kes buli sebegini amat kecil bilanganya, tetapi sudah cukup untuk mengambarkan kepada kita bahawa tahap disiplin murid kita berada pada tahap kritikal.

2004 – Muhammad Farid Ibrahim meninggal dunia akibat dipukul dan dipijak lapan pelajar senior Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor (SMADKPM) Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.






gambar hiasan

  • 2006 – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS), Syafiqah Borhan dibunuh dan dirogol sebelum mayatnya dicampak ke sebuah longkang di Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru.

  • 2007 – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Asrama Penuh Persint 1, Putrajaya, Muhammad Ritzwan Roslan dibelasah dua jam dengan kemaluannya ditendang 20 pelajar senior termasuk anak seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor, berusia 16 tahun kerana salah faham dan membalas dendam.

  • 2008 – Sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga sebuah sekolah menengah di Johor membelasah beramai-ramai seorang pelajar baru dikenali Muhamad di luar pintu sekolah hanya kerana mangsa menjeling mereka.

  • 2009 (Februari) – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat disepak dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar di bilik asrama dan aksinya dirakam dan disiarkan selama 3.05 minit menerusi laman Youtube

  • Mac – Mohd Azwan Md Ribi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Kuantan melecur teruk lengan kanan akibat diseterika senior di asrama kerana enggan membelikannya rokok.

  • Ogos – Disebabkan tidak puas hati hanya memperoleh 50 sen selepas memeras ugut rakan sekelas, seorang murid tahun satu sanggup bertindak ganas dengan menoreh buah zakar rakannya, Muhammad Amir Amri dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar, Kedah.

  • Ustaz rogol murid realiti atau fantasi

    TANGKAK: Dia pandai agama hingga dilantik menjadi guru mengajar al-Quran, malah turut diamanahkan sebagai imam.
    Malangnya, di sebalik sifat warak itu, ustaz berkenaan rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia apabila disyaki mencabul lapan murid kelas agama di sebuah sekolah dekat Taman Lagenda di sini.
    Lelaki berusia 30-an itu mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dan kelas membaca al-Quran di sebuah sekolah rendah berhampiran taman berkenaan dan mangsa kerakusan nafsu syahwatnya adalah kanak-kanak berusia 10 tahun iaitu murid tahun empat di sekolah rendah berkenaan.
    Tembelang ustaz syaitan yang dikatakan meraba buah dada dan kemaluan anak murid ketika mengajar al-Quran itu akhirnya pecah apabila seorang bapa mengesyaki sesuatu tidak baik berlaku terhadap anak perempuannya yang lewat pulang dari sekolah, kelmarin.



    
    Gambar hiasan
    
    Bapa seorang daripada lapan mangsa, berkata apabila ditanya mengenai kelewatan murid itu pulang ke rumah, anaknya hanya menjadikan alasan terpaksa berjumpa dengan guru kaunseling kerana didenda akibat tidak menghantar kerja sekolah.
    Selepas didesak beberapa kali, barulah dia menceritakan hal sebenar. Terkejut saya apabila dimaklumkan dia antara lapan rakannya yang sering diraba ustaz ketika belajar mengaji di sekolah.

    Saya marah kerana ustaz sepatutnya mendidik ilmu agama tergamak menjadikan anak didiknya alat untuk melampiaskan nafsunya, kata bapa berusia 41 tahun itu ketika mendapatkan pemeriksaan anaknya di Hospital Tangkak di sini, semalam.
    Bapa berkenaan melahirkan kekesalannya terhadap pendidik yang disifatkan sebagai sukar dipercayai tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu sedangkan pada masa sama mengajar anaknya membaca al-Quran.
    Difahamkan, ustaz itu sudah mengajar lebih dua tahun di sekolah itu dan bapa berkenaan bimbang lebih ramai murid yang menjadi mangsa lelaki itu sebelum ini.
    Menurut cerita anak saya, ustaz itu akan mengusap badan anak saya setiap kali duduk bersebelahan, malah ada di antara murid yang diramas buah dada dan disentuh kemaluannya setiap kali kelas itu berlangsung pada setiap Isnin, katanya.
    Ibu seorang lagi mangsa, berkata dia mula menyedari perubahan sikap anak bongsunya itu sejak minggu lalu lagi apabila dia sering tidak mahu pergi ke sekolah dengan menjadikan alasan sakit perut dan demam.
    Tetapi apabila mangsa dibawa ke klinik, doktor mengesahkan anaknya itu tidak sakit seperti didakwanya.
    Apabila sebut saja pasal sekolah dia terus menangis seakan-akan terdapat sesuatu perkara yang ditakutkannya.
    Selepas didesak beberapa kali akhirnya dia mengaku menjadi mangsa raba ustaz itu sejak awal sesi persekolahan tahun ini, katanya.
    Wanita itu turut kesal tindakan pihak sekolah yang enggan memberi kerjasama, malah menangguhkan pertemuan ibu bapa bersama lelaki terbabit.
    Sehubungan itu, dia bersama tujuh lagi ibu bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Sagil supaya tindakan segera boleh diambil. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan dan kes terbabit masih lagi dalam siasatan.

    Sumber : Harian Metro


    Adakah sumber ini benar atau sekadar ingin memburukkan Institusi agama. Kenapa penulis berpendapat sedemikian,ini kerana akhbar harian metro hanya mendapatkan pandangan dari satu pihak sahaja, dari pengalaman penulis sebagai seorang guru, biasanya apabila murid  tidak menyukai seseorang guru itu,seperti contoh guru itu terlalu tegas,kerja sekolah yang diberikan dirasakan banyak dan sebagainya, mereka pandai mereka-reka cerita. Pihak ibubapa perlu membuat siasatan terlebih dahulu, sebelum mengambil sebarang tindakan.
    Mereka yang bergelar ustaz sangat dipandang tinggi oleh masyarakat kita. Penulis juga ingin menegaskan bahawa mungkin kes-kes sebegini adalah terpencil dan sangat rendah peratusanya. Jangan suka memburuk-burukkan guru atau ustaz yang banyak berjasa kepada negara, dalam menjadikan masyarakat kita celik ilmu. Namun jika kes diatas adalah kes yang benar, diharap ustaz itu dibawa kemuka pengadilan dan dijatuhkan hukuman yang setimpal.